-Kawan Aku-

Set Breakfast Marrybrown

Assalamualaikum....

Khamis menjelma dah..Cepatnya masa berlalu sekarang ni. Macam baru semalam je dapat cuti. Tidak. Berhentila sekejap wahai masa.huhuhu.

Dah sarapan? Nak bagitahu kat korang. Marrybrown punya set sarapan best.hahaha. Biasanya aku kalau nak ke Sabah,mesti akan sarapan di Marrybrown airport. Benda aku selalu cari set bubur ayam. Tapi............aku selalu tak habis.


Jadikan cerita,aku try set sarapan macam atas tu. Kalau nak pilih ni set sarapan G. Harga RM 8.70 termasuk GST. 
Macam kelakar pula bila sebut harga kena sebut termasuk GST ke tak. Hahaha.

Set ni mengenyangkan. Roti tu sedap tau. Walaupun fizikal nampak roti seket lepastu letak hirisan cheese atas tu tapi sedapppp. Roti lembut!  :)

Nanti korang tryla sebab tak la membazir kalau beli sarapan tapi tak habis. Baik beli yang ikut keupayaan perut nak terima kuantiti makanan tu. Buat cukup-cukup je bagi perut tak lapar. Baru betul dipanggil sarapan. Kan??

Okla.
Nanti cerita lagi lain kali.
Bye!!




Another baby born!!

Assalamualaikum...

Ahhaaa....macam aritu baru je cakap ada anak sedara baru. Ni nak bagitahu lagi ada dapat anak sedara lagi sekali ;p Advance tau adik beradik aku ni.hahaha. Tak terkejar aku nanti :D

Kalini anak abang aku juga. Tapinya abang lainla.hihihi. Untungnya adik beradik ramai macamni la. Meriah ko!!

Baby boy juga.
Nama: Alham Fahman.
Aritu yang ke 19,jadinya ni anak sedara ke 20 :)

Helloooo!!! ;)

Abang....adik nak tengok jugaklaaaa...
Hahahaha.

Sekarang dah masuk 2 bulan. Yeayyy!! Membesar dengan sihat bersama Abang Adam. Haaa...ingat lagi tak korang Adam?? Ni adik dia.  ;)  Dapat dah geng main bola.
Moga membesar dengan sihat sejahtera ye Anak-anak sedaraku. Amin.




Boarding Pass Air Asia

Assalamualaikum...

Harini Isnin.
Aku cuti!!!
ALHAMDULILLAH...

Ingat senang ke nak dapat cuti sekarang. Cuti dah la tak banyak. Planning. Planning. Planning. 


Ini namanya boarding pass.
Boarding pass ni senang cerita tiket kapal terbang.

Maklumat biasa ada dalam boarding pass nama (wajib sama dengan kad pengenalan kalau tak,korang tak boleh masuk), tarikh berlepas,tempat duduk,masa berlepas,tempat berlepas dan mendarat dengan akhirnya ada booking number.

Macamana nak dapat boarding pass??

Jawapan aku yang selalu beli tiket secara online ni,korang akan dapat booking number. Semasa datang ke lapangan terbang,Air Asia ada kiosk untuk daftar diri a.k.a check in. Kalau tak reti, akan ada staf dia ajar. :) Booking number penting untuk daatkan boarding pass. Tekan-tekan,pastu boarding pass pon keluar. Clap your handhand! :)


Sekarang aku nak berlepas dah. Nampak kan kat atas tu?? Doakan aku ye semua. Moga selamatla semuanya. 

Ok bye!!





Musim kucing bunting

Assalamualaikum...

Korang...
Aku nak bagitahu je ni...Banyak betul anak-anak aku sekarang. Jumlah keseluruhan yang hidup sekarang 9 ekor. Ekor ye bukan orang.hehehe.


Atas ni 2 ibu. Si Oyen dengan si Labu. Labu ni baru je mati 2 ari lepas sebab kena langgar. Serius sedih. Dia bertahan dalam 2 minggu lepastu Allah lebih sayangkan dia. Si Oyen tu aku pon pening. Gatal ye terlebih. Muda-muda dah kena rogol. Merayap je keje ye kalau kat rumah tu.mmmm. Gambar atas tu yang belang macam coklat takde dah. Kena makan dengan apa ntah. Oren pon tinggal sekor je. Lagi sekor mengalami nasib sama dengan belang.

 

Ini pula si Citam. Citam adalah ibu terbaik dalam menjaga anak. Si Labu pon pandai tapi sebab kemalangan,tak boleh dia nak jaga. :( Anak citam ada 3. Anak Oyen ada sekor. Anak Labu ada 2. Lagi 3 ekor pula anak si Labi.


Anak Labi ni baru je lahir gak. Adala dalam 3 minggu macam tu. Panjang umur sihat la diorang semua ni. Aku pon pening sebab anak si Citam ni banyak pula kurap dia. Sapu ubat tapi macam tak kurang pula.

Ada gaya teruk ke veterinar la jawabnya. Veterinar terdekat dengan rumah aku ni hanya kat Batu Pahat. Kluang ada juga veterinar tapi tak pasti kat mana. 

Veterinar Batu Pahat - Jalan ke Minyak Beku ( kerajaan )
Veterinar swasta - Bukit Perdana 
Ada 2 veterinar kat jalan Bukit Perdana ni.

Membesar dengan sihatla ye anak-anak.
Tips: Tak nak kucing bunting,pastikan jangan adahahaha kucing jantan liar bekeliaran di kawasan rumah.hahaha
πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


Blog sunyi

Assalamualaikum...

Eerrr....hello...anybody here?
Hello!!!! πŸ˜ƒ

Kalau dulu aku tak update facebook,pastinya blog aku akan ada entri. Sekarang aku rasa dua-dua tempat ni dah takde orang nak update. Kecewa rasa.

Blog dah sunyi.
Aku pon jadi sunyi.

Aku update ni pon sebab nak bagitahu yang aku tak tahu dah nak karang entri apa. Kang aku karang pasal aku,ada pulak nanti macam menjaja diri sendiri. Kikikiki... eeerrr...blog aku kot.hahaha. Nak letak gosil lagilah mengarut. Ok fine. 

Biar dulu entri kosong.
Ada faedah korang baca.
Kalau takde faedah.
Ok...Bye!!


😜



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...