-Kawan Aku-

Harga peti sejuk 2 pintu!

Assalamualaikum...

Hello readers!
Bila mengantuk menerjah diri rasa nak terus je lelap dan tak payah pandang jam dulu.huhu. Kalaula bolehkan. Masalah ye kalau nak tido sekarang pastinya akan pandang jam. Sadis! Takut banyak planning tergendala. -_-'

Siapa baru-baru ni beli peti sejuk? Cuba cerita sikit pengalaman beli peti sejuk.Rasa ala-ala macam beli kereta ke macam beli baju?hahaha.Kelebihan peti sejuk 2 pintu ni pada aku 1 je. Korang tak payah nak cuci frost dia tiap minggu. Jimat tenaga korang hujung minggu buat benda lain.Point kat situ.Selebihnya fungsi sama je macam peti sejuk 1 pintu *pada aku*.


2 minggu aku jalan area Batu Pahat tinjau harga. Boleh tahan harga kalau beli waktu hujung tahun dan awal tahun ni. Potongan ye bukan main lagi. Gambar atas tu aku cilok kat Aeon big Batu Pahat.Tapi semestinya saiz berbeza ye ^^

Harga peti sejuk 2 pintu dekat Courts Batu Pahat pon paling murah aku tengok RM828 jenama Toshiba. Jenama Samsung tak payah tanya memang harga di antara macam atas tu.

Harga peti sejuk 2 pintu paling murah aku jumpa jenama SHARP. Semua kedai ( termasuk kedai kecik-kecik tepi jalan tu) aku tengok peti sejuk 2 pintu hanya jenama SHARP harga boleh runding. Peti sejuk jenama ELBA takde dah ea?ke aku yang tersalah..ELBA ada kan jenama barang elektrik?hahaha.serius aku tak ingat.adoiii!!

Keputusan:
Jenama: SHARP
Saiz: 210liter (ikut orang kedai tu cakap,aku iyakan je)
Harga asal: RM800.00
Harga beli: RM740.00 siap hantar.
Warranty 1 tahun,warranty motor 10 tahun.


Tips: Buatlah survey sebelum membeli. Perbandingan harga boleh dilakukan dengan jaya ye!! 

Bab penggunaan tenaga pon kena consider kot kalau korang jenis nak jimat. Ada 2 3 4 5 bintang. Makin banyak bintang makinla jimat tenaga kata ye. KATANYA. Aku tak tahu la sejauh mane jimat ye. Mungkin ada betul :)

Cukuplah tu kan untuk anak 4 orang. Eh?!
Amiiiin..


Bila tempat kerja Shutdown!

Assalamualaikum...

Bersiaran waktu petang pulak harini. Kebetulan tadi ramai pelanggan dan dalam pukul 4.30 petang,drama pon bermula.

Hujan sangat lebat dan kilat kuat tiba-tiba 'pangggg'!!! Shutdown semua. Bau hangit menjelma. Yeayyy!! Operation off.


Tetapi.....
Rugi besar..
Harap maklum.

As a worker makan gaji
Wefie la kami di luar.
Aku pon leader x leader.
Jom gambar!


Jangan tanya kenapa aku gelap sebab aku pon pelik apesal aku gelap.
Stress!!!





Bila update blog, Siapa yang datang?

Assalamualaikum...

Dah cakap dah harini entri emotional. Jadinya walaupun tengah rajin update blog entri tetap akan beremosi. Harini update blog. Tak sah kalau budak 4 orang ni tak jengah. Menangis!


*mampu tengok guna tepon je* T.T

Jijah
(Jijah!!!lom update link kat bloglist la plak)

Korang....aku lama tak update blog tapi korang tetap datang. Bagus ye!!!! Menangis! T.T Nanti aku baca entri korang dari tahun lepas tau.hahaha.

Lama kan tak jenguk. Kalau jenguk pon mesti tak baca abis. Cian aku ni dah rasa memang merajuk tahap jiwa kacau dengan blog ni ha.hohoho.

Korang...aku nak datang ni. *sambil bawak tisu sekotak buat lap air mata* T.T
Sayang kawan-kawan yang kenal dekat blog ni. Sentiasa dalam ingatan cuma timbul je tak. -_- 

Kalau korang update blog...siapa selalu datang?



Selamat tahun 2015!!

Asalamualaikum...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Kembali menulis di blog. Terakhir post adalah pada bulan 11 tahun 2014. Isu pasal diri sendiri lepas tu dah ala-ala merajuk tak nak dah tulis blog lagi.uwwaarrgghhh!!Menangis! Hari ni bukak blog macam nak nangis rasa. Buka je blog, Ahhh..gambar kahwinku yang sangat comel.ok perasan! Menangis lagi. T.T

Alhamdulillah Ayut sihat. Menjawab soalan kepada sesiapa yang bertanya khabar diri ini.
Alhamdulillah kerja pon ok. Tahun baru dapat increment.ok happy kat situ ^^ tapi same bos for 3 years.bosan! 
Alhamdulillah untuk semua yang terjadi pada tahun 2014 dan teruskan lagi usaha untuk tahun 2015.

Harini hari emotional ye.
(Tahun baru pon nak emosi.benci!)
Ayat semua sedihje. 
Kehidupan masih belom banyak berubah. Bila fikir inginkan perubahan aku rasa belom yakin. Takpe. Take a breath nanti sampai masa suasana pasti berubah. Bos lain. Tempat tinggal lain. Kawan kerja lain. Untuk sekarang,habiskan dulu langkah ini. Another 14 months. Kejap je tu :) Keep positive pasti nanti akan berjalan dengan keadaan yang positif.

Motif gambar?
Nak bagitahu kita ada instagram jugak!!
*tutup muka dengan bantal*

Macam mane tahun baru korang?
Tahun baru aku duduk dalam rumah tengok tv dengan suami tersayang je sebab dia cuti. Nak keluar tak cukup rajin!

Umur meningkat lagi setahun.
Ibadat meningkat ke menurun ni Ayut oiiii?
Jom muhasabah.
Jumpa lagi nanti!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...