-Kawan Aku-

Bakso Sabahan

Assalamualaikum...


Entri keluar lagi. Yesszaa. Nampak tak bertapa manfaatnya aku bercuti. Blog sentiasa berupdate. Jadinya tak tipu la kan kalau cakap aku tak update blog sebab kesibukan kerja.hahaha :p Nampak kan hala tujunya tu aku nak cakap macamana ;) Apa pon aku akan sedaya upaya untuk update kan blog yang tak seberapa ni ye.

Harini nak cerita pasal makanan. Haaa...sepanjang aku bercuti kat Semporna ni aku kurang sikit makan. Bukan sebab makanan tak sedap tapinya tak lapar. Tido je keje ye mana nak lapar. kan??hahaha. Tapinya suami tersayang si Mohamad Hafizal tu tak boleh tengok isteri dia ni tak makan. Setakat 3 hari aku kat sini 3 kali jugak aku dibelikannya Bakso. Apa itu Bakso?


Bakso adalah suatu jenis masakan yang diletakkan beberapa ketul bebola daging. Ala-ala Sup Ayam macam tu tapinya Bakso adalah menggunakan daging lembu. Bebola besar tu sebenarnya telur. Bakso yang aku makan kat Sabah ni serius sedap. Pernah makan Bakso kat Parit Raja tapi aku lagi suka yang suami aku belikan ni. Rasa lembu yang tak kuat dan sup dia sedap. Lagipon Bakso ni dia kena perah limau sikit nak makan bagi hilang rasa lembu tu. Aku rasa boleh dikomersilkan Bakso dalam kem ni la.hohoho ^^

Bakso yang aku makan ni sebenarnya bukanla Bakso orang Sabah sebab setahu aku yang masak ni orang semenanjung jugak. Oleh kerana aku je yang makan Bakso ni kat Sabah dan isteri staf dalam kem ni jugak yang masak, aku bagi jela nama Bakso Sabahan. heee ^^ Orang Sabah ada menu Bakso tak ek? Macam takde kot. kan?? Setahunya popular kat Sabah adalah Nasi Lalap.


10 days challenge:Day 8-8 Fears

Assalamualaikum...

Bertemu kembali di lewat malam selasa. Esok Deepavali. HAPPY DEEPAVALI semua!! Seronokla semua cuti. Beraya sakan.hihihi.

Harini masuk hari ke lapan. Cerita pasal takut. Bab takut ni aku pon jenuh fikir sebenarnya. Apa yang aku takut ek? Takpela aku senaraikan je apa yang berkaitan sebab aku macam lupa je apa perasaan takut tu. :p    

8 yang ditakuti oleh Ayut

1. Bersendirian. Aku bukan takut apa. Cuma bila duduk sorang aku jenis yang fikir macam-macam. Bila macam-macam tu memang sakitla. Tu jadi takut duduk sorang.

2. Kemalangan. Lagi kalau ada nelibatkan kehilangan nyawa. Memang takkan pandang pon la. Takla aku menambah kesesakan lalulintas kan? ;p

3. Bersalin. Eh??!! Hahaha.betulla ni. Sakit kan tapi taku-takut nak juga rasa 3 4 kali ke. Hahaha.

4. Suami di lautan.  Risau ditambah takut. Takut sebab takde daratan. Kalau jadi apa-apa mane nak cekau tanah ye.huhu. 
  
5. Kena marah. Lagi-lagi kalau suamiku itu marah. Tapinya dia marah-marah pujuk balik. Tak dan la nak takutnya. :p

6. Haiwan yang berbisa dan ganas. Kucing je aku berani giler nak pegang dan dekat ye. Selain kucing memang memikirla nak buat apa-apa.



7. Berucap/bercakap depan orang ramai. Ini memang penyakit dari zaman dulu kala. Nampak je ramai orang seram. Takut nak berkata-kata. Darah gemuruh la kot orang cakap tapi aku senang ceritanya takut.

8. Keluar malam. Haaa...ni memang aku takut. Kalau aku keluar malam pasti berteman. Lagipon kalau keluar mesti lepas pukul10 tu dah debar dah. Tak tahula apehal tapi takut ye tu sebab otak fikir macam-macam.

Cukup dah 8 yang aku takutkan. Perasaan takut ni pon sebenarnya boleh dikikis ikut dengan persekitaran jugak kan sebenarnya. Ada je memula takut tapi bila lama-lama dah biasa dengan suasana atau keadaan tu kita jadi berubah. Apa yang pasti benda baik yang kita takutkan baik teruskan tapi kalau sebaliknya baik cari cara mengatasi perasaan tu. Psikologi je kadang tu.hihihi ^^


Jom tengok bola JDT vs FELDA!!

Assalamualaikum...

Apabila malam baru bertemu. Kejap lagi nak pergi tengok bola dengan peneman setia ke hujung nyawa seterusnya ke syurga,suamiku. Ooppss!!

Selama ni tengok bola sorang-sorang. Makan sorang-sorang. Gemuk pon sorang-sorang. Sekarang kita berdua pulak. Cukupkan seminggu berdua nanti lepas tu berdikaei semula ye.


Bosan duduk rumah jadinya malam ni kita keluar ye. Jom ke kedai makan!!!

Tajniah buat Kedah pusingan pertama separuh akhir dengan Pahang berjaya menyumbat gol 3 berbalas 1. Malam ni kita tengok pulak siapa yang berjaya memperoleh mata lebih. Aku walaupun asal Johor tapi aku sokong je dua-dua pasukan kalau tengok. :p 

Korang sokong siapa ni Piala Malaysia?
Kedah?
Pahang?
Felda?
Jdt?



Buah salak

Assalamualaikum...

Harini masih lagi makan tido kat rumah. Menikmati cuti dengan rehat yang terlebih cukup. Hahahaha. Harini ahad. TV pon takde kat sini jadinya aku perabiskan jela makanan yang ada kat umah ni.

Nak dijadikan cerita sebelum aku bercuti datang Semporna, staf sorang tu baru je balik bercuti dari kampung dia kat Sarawak. Dia ada bawak buah salak. Aku serius lama gile tak makan buah salak. Dalam keterujaan tu aku pelik sebabnya buah salak daripada Sarawak ni berduri. Oh serius??!

Ni buah salak yang aku beli.
Gambar buah salak dari sarawak tu lupa plak nak amik.

Pendekkan cerita sampai Sabah aku berenti tepi jalan cari petai. Nampakla buah salak. Tapinya kat Sabah buah salak ye tetap macam yang dekat semenanjung tu. Buah salak tu takde duri. Ahaaa..menarik. Adakah hanya di Sarawak buah salak akan berduri?? Adakah sebab pengaruh habitat dia tumbuh boleh ubah outcome sesuatu buah tu ek?

Rasa sama. Kelat-kelat masam.
Tekstur sama.
Luaran je berbeza.
Sungguh menarik ciptaan Allah.
ke berduri sebab masih muda buah salak ye.?
Siapa rumah dia ada tanam pokok salak. Meh cerita sikit pasal buah salak ni.



10 days challenge:Day 7-7 Most wanted wishlist

Assalamualaikum...

Bertemu lagi dengan cabaran hari ke 7. Semalam entri pendek je sebab jet legged la kot gamaknya. Boleh gitu?? Hahaha.

Okla. 7 impian yang sangat diinginkan. Errr..dah macam puteri impian rasa. Apa pon aku akan usahakan untuk mencapainya. Insya Allah. Amin..

1. Nak mengandung.


2. Nak anak 4 atau 5 orang.


3. Nak beli rumah sendiri.


4. Nak pergi oversea.


5. Nak berniaga a.k.a mempunyai kedai sendiri.


6. Nak berphotoshoot untuk keluarga kecil aku.


7. Nak buat solat sunat tasbih walaupun sekali seumur hidup.

Haaa..itu dia impian yang nak sangat aku dapat. Nampak macam biasa-biasa je kan tapi pada aku ianya sangat luar biasa :) Disiplin kena lebih usaha pon kena lebih lepas ni. Lagi untuk nombor 1 dengan 2 tu. Ahaks!! Wish me luck and all the best ye kawan-kawan.




Happy weekend from Ayut!
Semporna, Sabah.

Seminggu bersama Suami

Assalamualaikum...

Alhamdulillah aku selamat sudah sampai ke Semporna bertemu suami tengahari tadi. Menghabiskan cuti tahun yang masih berbaki bersama insan tersayang. Nama pon jauh kan. Habiskan jela cuti yang ada. Setel.


Eerrr...nape gitu muka kamu suamiku?adehhh :D

Masih sama kem ni. Tak berubah pon.hahaha. tapi apa yang lain ye makin ramai la sebab tentera-tentera darat ada datang sini buat operasi agaknya.

Masa untuk berehat daripada kerja dan perkara-perkara yang memeningkan. Makan tido la ye. Menikmati kehidupan ala-ala honeymoon gamaknya. Layankan. ^^

10 days challenge:Day 6 - 6 Places

Assalamualaikum...

Wah..nak masuk cabaran ke enam dah.ok. Aku rasa boleh abiskan ikut masa dah ni. Gigih aku fikir setiap masa apa nak tulis.hohoho. Cabaran hari ke enam nak aku cerita pasal tempat. Bila tajuk tempat ni terus aku terfikir nak cerita pasal 6 tempat kenangan aku. Malu pon ada jugak nak cerita.hahaha. Boleh gitu??:p

Aku menulis dengan penuh senyuman dah ni.hahaha.ok jom mulakan 6 tempat kenangan bagi aku.

1. Pantai Cherating, Terengganu.

Hanya sekali aku datang sini. Nak tahu tak datang dengan siapa?? Hahaha. Mestilah dengan suami aku sekarang. Tapinya aku pergi masa baru berkawan dan pertama kali aku keluar dengan dia. See? Terkenang pulak tetiba perbualan waktu tu :p B ingat tak lagi wqktu ni kereta kamu mati tengah jalan.Stress!hahaha.

2. Pantai Teluk Cempedak, Kuantan.



Senyum lagi :) Tempat ni banyak sejarah. 4 tahun belajar di Pahang tempat ni la banyak merakam kenangan. Kenangan dengan kawan. Kenangan dengan budak tu dengan budak ni. Kenangan dengan suami sekarang. Hahaha. Paling pasti kat sini la tempat menjadi saksi si suami mengaku dia seorang tentera laut. Korang ada pengakuan-pengakuan bagai ni? Huhu. B ingat tak apa jadi malam tu??? Hahaha.

3. Universiti Malaysia Pahang.


Tempat jatuh bangunnya seorang insan bernama Ayut. Melangkah sendirian dan akhirnya keluar beramai-ramai dengan senyuman dan kejayaan. Di sinilah aku ketawa. Menangis. Bermain. Belajar. Ushar pakwe handsome. Menggatal. Mengedik. Berkawan. Sangat banyak yang aku dapat kat sini. Di akhir kejayaan kat sinilah suami aku jumpa dengan arwah abah. Kat sinilah bermula segala penantian Mohamad Hafizal,suamiku. :)

4. Langkawi


Sweet memory dengan kawan-kawan yang baru habis study. Semua happening. Semua gembira. Semua heaven gile bercuti walaupun percutian budget. Walaupun hanya 4 orang perempuan. Walaupun waktu tu semua tinggal duit saki baki dari belajar sementara tunggu kerja. Inilah pertama kali aku naik kapal terbang. Heaven gile percutian ni. Kenangan paling bahagia dengan kawan-kawan seperjuangan.

5. Pulau Pangkor, Perak.

Honeymoon! One word describe the best place I ever attended.

6. Kampung Parit Sonto.

Tempat tanah tumpah darahku. Tempat jatuh bangun aku. Tempat saksi segala peningkatan aku daripada lahir dan sampai sekarang 26 tahun aku berjalan di bumi pinjaman Allah ni. Memori yang takkan luput ditelan zaman. ^^

Cukul dah 6 tempat. Perghh. Entri terpanjang aku rasa ni. Takpe. Demi sebuah cabaran.hahaha. Bersiap sedia untuk cabaran seterusnya pulak ye.

Pengisian minyak by liter

Assalamualaikum...

Harini nak cerita isu semasa. Sekarang ni sibuk aku tengok wassup group,facebook dan juga bolg-blog cerita pasal rounding kat pam minyak. Pastu mulalah timbul suruh pengguna mengisi minyak cakap nak isi berapa liter bukan ringgit. Logik kah?




Jawapan aku sebagai seorang pekerja pam minyak ianya adalah logik. :) sebulan adalah tak kurang daripada RM5.00 untuk rounding sahaja. Harap maklumnya.

Nak dijadikan cerita memang sekarang ni pelanggan yang datang dah mula cakap..dik isi 20 liter ye... Staf aku pon mula la buat soalan 20 liter berapa ringgit ek?? Hahaha. Bersedia kalkulator jela jawab ye. Sebagai pengguna sebenarnya ada satu button kat pam tu korang boleh tekan supaya bagi amount ringgit ataupon liter tu menjadi genap tapi itu bagi pengguna yang mengisi penuh. Kalau tak memang rounding tu sentiasa ada ye. Tengok setting pam tu pon iya jugak. Pihak syarikat minyak itu yang mahukan ada sampai 3 titik perpuluhan. Pengusaha hanya pasang je ye. Jangan tunding jari terus ke pengusaha pam minyak. Kesian diorang.hahaha. Fikir balik nape diorang perlu buat sampai 3 titik perpuluhan? Mesti ada sebabnya kan. Faham-faham jela.

Nak cakap banyak pon tak pandai. Yang pasti ada logiknya kalau cerita pasal rounding ni. Apa pon bila barang keperluan naik kenala bijak buat perbelanjaan dan bijak dalam mengurus wang anda.

Nasib makan gaji gamaknya. Nak berniagalah nanti boleh mohon TEKUN. TEKUN kan dapat peruntukan banyak bajet 2015 ni. Meh la berniaga semua.huhu ^^










10 days challenge:Day 5-5 Foods

Assalamualaikum...


Foods ataupun bahasa melayu makanan. Cerita bab makanan nak cerita yang aku suka ke tak suka ni.hahaha. Kompius kejap diriku ini dengan cabaran hari kelima ni. Korang nak aku cerita pasal makanan apa ni??hahaha :p

Okla. Tajuk dia pon secara am jadinya aku pecahkan jela ye. Makanan yang aku suka 3 lepastu makan yang aku tak suka dengan makanan harian aku. Bolehla ye. Jom kita mulakan.

Makanan yang aku suka.

1. Tom yam.

Aku tak kira la korang hidang depan aku tom yam campur ke tom yam ayam ke daging ke seafood ke memang aku takkan tolak. Serius. Aku bab tom yam sekarang suka makan kat kedai belakang taman aku ni namanya Ceria Maju. Harga ye RM6.00. Tom yam sahaja. Sekian.

2. Spagetti.



Kegemaran. Namun,kalau aku pergi makan western aku jarang makan sebab aku nak makan yang lebih berat macam ayam grill ke daging ke macamtula.hahaha.ok aku pelik. Suka spagetti yang penuh cheese tu apa ntah namanya. Aku jarang makan tapi aku suka.ok paham ea? ;)

3. Masakan bertemakan sotong.

Haaaa...yang ni suami aku memang dah paham sangat dah. Pergi kedai carik sotong. Makan je kat kedai cari menu sotong. Sotong itu sangat sedap. Masakla gaya apa pon aku pasti makan. Percayalah.haha

Ok lepasni nak jemput aku pot luck ke hape, masak 3 benda atas ni ea.hahaha :p Gerenti licin pinggan senang basuh tuan rumah :) Bawah ni sebaliknya pulak. Kalau masak ni jawabnya aku tolong basuh pinggan la ye sebab pinggan tak berapa nak licin.hihihi 

Makanan yang kurang aku suka. 

4. Berasaskan tempoyak.

Ok. Lagi-lagi ikan patin masak tempoyak. Aku bukan tak makan tau. Cuma kurang laju makannya. :p Peliknya aku makan je durian. Nape ek bila tempoyak boleh pulak aku tak makan.adehhhhh.

Makanan harian kerja.

5. Nasi Bersepah


Ahaaaa...Sepanjang aku bekerja kalau nak tahu dalam seminggu tu ada la 3 kali aku makan nasi bersepah ni. Sebenarnya nasi bersepah ni macam nasi bungkus la. Tapinya lauk nasi bersepah ni sama je. Tak berubah. Kedai tu pon memang masak lauk sama je. Nasi dengan telur,ayam,sayur dan sambal adalah RM4.50. Tetap sepanjang masa. Lauk lain yang ada adalah sotong dengan daging. Perasaan makan nasi bersepah ni sangat heaven. Ni la nasi paling berbaloi kalau dinikamti kat Batu Pahat ni. Kedainya warung sebelah Masjid Pasar Pagi Batu Pahat ye. :)

Haaa..tu la cerita pasal makanan aku. Orang lain mesti cerita pasal makanan yang sedap-sedap kan? Takpela ye. Keyword makanan tetap ada di sini dalam menyahut cabaran. Kang aku tepek gambar makanan banyak-banyak ada pulak kelaparan jap lagi.hoho.

Ok. Esok ada cabaran lain pulak..Cepatla abis ayut oiiiii..hahaha ^^


CPUV Oktober 2014 Melanda Blog!

Assalamualaikum...



Alhamdulillah..Yeayyy!!
Jangan lupa anda-anda semua untuk kemaskini akaun Nuffnang anda ye.

Inilah berita yang aku nak share tu..Terkejut kitewww!! Hahaha. Terima kasih Nuffnang. Rezeki masih berpihak pada aku. Insya Allah akan berterusan. Limpah ruahkanlah rezeki suamiku dan diriku. Aminnn.

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan kawan-kawan. Oleh kerana tak nak bagi kosong je kenalah usaha lebih sikit untuk memberikan info menarik pada pengunjung blog kan. Ok dah tak sempat dah nak kira tu CPUV yang ke berapa. Apa yang pasti tu jela yang tengah on going. Tips?? Tips untuk dapat CPUV ni ada ramai blogger otai yang berkongsi. Google ea tips nak dapatkan CPUV :)

Cepat tinggal link anda semua...
nak melawat kawasan ni..
^^



10 days challenge:Days 4-4 Books

Assalamualaikum...

Aku masih teruskan jugala ye 10 days challenge aku ni. Baru nak masuk hari ke empat rupanya. Lambat yela perjalanan cabaran aku ni. Alahaiiii..

Macam biasa dia minta 4 buku aku bagi 1 buku je ye. Ok langgar peraturan :p hohoho. Tak kira nak jugak buat 1 daripada aku tak buat kan...? Minta sokongan daripada semua dengan muka kesian...hihi.

Buku terbaru yang aku baca walaupun mungkin ada dah baca lama.

Kitab Sang Cupid.
Aziz Harun.


Ini bukan novel. Ini bukan sekadar cerita khayalan. Sebuah kompilasi cerpen pendek yang berkaitan cinta. CINTA ALLAH. CINTA SAHABAT. CINTA CINTA. Best. Paling best cerpen awal-awal sekali Kisah Dua Alam. See? Tajuk pon seriau baca.hohoho. Memuatkan 14 kisah cinta dan cerita cintanya sangat realistik.

Usah jijik mendengar kata cinta andai kau sendiri bercinta.......
Ayat makan dalam aku rasa ni.hahaha. Sangat enjoy ketika baca buku Kitab Sang Cupid ni. Aku pon serba sikit dah bagitau kandungan buku ni jadi bolehla buat koleksi sesiapa yang berkenan dengan koleksi cerpen yang mengajar erti cinta bukan semestinya hanya berakhir dengan sebuah kebahagiaan. ^^


Lupa segala password!

Assalamualaikum...


Lama tak menulis.
Terasa kekok gila tak tahu nak mulakan dari mana. Sepi tenggelam terus blog aku ni. Nasib badanla kalau guna internet Mobile Data kan. Selebihnya aku dah macam kehilangan idea nak berkongsi dan bercerita. Semua rasa macam tak ikhlas je dari hati kalau menulis tu. hahaha. Nampak tak keikhlasan aku untuk menulis :p

Bila dah lama tak update blog, tengok Nuffnang, tengok email dan sebagaiya semestinya Password segala bagai aku dah lupa. Uwwwaarrgghh!! Dah aku kena reset semua password aku. Macamana nak reset paword email selamatlah aku masih ingat. hahaha. Bila 2 bulan tak bukak email, paham-paham jela berjela aku punya email dalam inbox.


Okla. Aku saja je jengah blog tersayang ni. Insya Allah lepas-lepas ni akan ada update lagi. Ada sesiapa nak offer diri tak untuk aku upahkan korang edit blog aku ni. Macam dah malas je nak edit sendiri. hohoho. Sila angkat tangan anda wahai designer-designer blog!! :D

sesungguhnya dalam tak ingat password bagai aku ada berita gembira!! Terkejut kiteww..hahaha. Nanti aku cerita kat entry lain yer. Just to say hai kat semua!

Tahniah owner blog kak Saila atas kelahiran baby anda!
Tahniah kepada Kak Ina juga atas kelahiran baby anda juga!
Tahniah kepada B2B sekalian yang telah selesai majlis anda!
Tahniah kepada semua yang success in your study jugak ye!

Banyak cerita kawan blog yang tertinggal.
Maaf dipinta ye kerana tak berpeluang singgah.
Tapi tetap masih ada yang aku baca ye.
Just jadi silent reader! ^^
Takut nak komen pape sebab nanti korang balas jejak blog aku tak berupdate.
Ok fine.Lari dulu! :D


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...