-Kawan Aku-

WW#81: Honeymoon Katanya!

Assalamualaikum...


Ok.kata yer! ^_^
Pangkor Island...done!



WW#80: Cek Nuffnang!

Assalamualaikum...



Setelah 2 bulan.
Sampai dah di tangan.Alhamdulillah.
Next??
......

Rindukan mereka....

Assalamualaikum...

Malam menjelma baru ada entry yang keluar kan. :) Okla tu.Sekurang-kurangnya wujud jugak pemilik blog ni dengan cerita dia.Hati dengan gundah-gulana bagai ni jadinya semua jadi tak kena.Penat.Letih.eeerrrr...ok.aku hanya tahu merungut.Cubit diri sendiri =_="

Hujung minggu lepas baru dapat balik rumah kampung.Aku naik motor je.Kenapa tak naik MyB?? Itu nanti-nanti punya cerita.Setengah jam perjalanan daripada Batu Pahat ke Ayer Hitam.Dengar tak jauh kan?Tapi macam aku bagitahu tadi aku naik motor.Sakit leher pakai topi keledar.hahaha.Boleh gitu? :p

Hilang rindu kat kenit...

Hilang rindu jugak kat Adam...


Tapi.....




Dengan dia tengok katil kosong jela.hohoho.
Tema topi keledar ye harini. :)

Itulah kalau aku balik Ayer Hitam.Seronok dapat main dengan kucing peluk aku si Kenit tu dengan gaduh sama budak boolat lagi bijak si Adam tu.Adam kalau tendang bola punyala kuat.Pembawakan si ayah a.k.a abang aku la ni kot masa kakak ipar aku mengandung main bola je keje ye.hahaha.ooppss.Standardla kan budak lelaki kenala lasak.Baru macho gitu ye Adam :)


Rindu suami dapat pahala kan???
Jom rindu suami banyak-banyak.hihi.Ok untuk yang belum kahwin jom rindu mak ayah kita!!Balik kampung ye kalau cuti.Korang ada rindu sape-sape tak ni???




Bila kesilapan terjadi...

Assalamualaikum...

Harini takde story yang best mana nak dikongsi cuma saje aku nak membebel kat sini.Sebelum apa-apa, nak ucap tahniah la jugak kat Hafiz kerana telah menjuarai Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) malam tadi dan membawa pulang hadiah berjumlah RM 45ribu.Kaya aku kejap.Eh?bukan aku tapi Hafiz dan komposer serta penulis lirik lagu Bahagiamu Deritaku.

Seronok tak malam tadi?Aku tak tengok tapi dengar je sebab tv takde.Sedih!

Okla.Pasal buat silap dengan minta maaf.Tak dinafikan bila bekerja dibahagian Customer Service sangat mencabar.Kesabaran diriku sangat dicabar.Pelanggan ni kadang-kadang macam takde perasaan je kan nak marah-marah kita.Ingat dia sorang agaknya ada masalah.



Fine.Aku tahu no body is perfect.Aku pon tak perfect.Tak payahla nak marah sangat kat aku atau staf-staf aku yang bekerja.Pelanggan pon manusia juga.Pelanggan pon tak sempurna sebenarnya.Geram sungguh dengan orang-orang yang perasan diri sempurna sangat ni tau.Cubit sorang-sorang baru tahu.

Kesimpulan entry ni,setiap orang pernah buat salah.Maafkan jela orang yang buat salah tu.Kadang-kadang bukan disengajakan.Jangan ego sangat nak meluahkan maaf dan jangan hipokrit sangat terasa diri bagus untuk tidak memaafkan.Sekian hujah hari ini. ;)





Senarai Lagu Final Anugerah Juara Lagu ke 28

Assalamualaikum...

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan kemeriahan Final Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) pada malam ini 26 Januari 2013 jam 9.00malam. Tema Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28) kali ini adalah Game On.

source:Google Image je

Macamana la bentuk ye ni nanti dengan tema Game On.Selamat ni Anugerah Juara Lagu (AJL) bukan Anugerah Bintang Popular.Anugerah yang mengiktiraf penulisan dan karya komposer serta penulis lirik lagu-lagu yang dipertandingkan.Takdelah orang utama yang nak berpakaian pelik.Kalau ada jugak memang pelik.eh?hahaha.

Oklah.Berikut adalah senarai 12 lagu yang berjaya ke Final Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL28).

1) In Love with You - Aizat Amdan dan Noh Hujan
2) Penglipurlara - Hazama dan The Penglipurlara
3) Takkan Terpisah - Black
4) Kalau Aku Kaya - Awi Rafael dan Altimet
5) Kau yang Terindah - Alyah
6) Sahabat - Najwa, Sleeq dan Shamkamarul
7) Tanda Tanya - Azlan and The Typewritter
8) Hanya Aku - Hyper Act
9) Aku Pelat -Salam Musik
10) Bahagiamu Deritaku - Hafiz
11) Ikut Rentakku - Jaclyn Victor
12)  Bosan - Stacy

Mana satu lagulah yang akan menjadi juara nanti.Apa pon moga berjaya buat semua artis yang membawa lagu dan all the best buat semua komposer dan penulis lirik malam ni! Tinggal beberapa jam je lagi sebelum Game On...! :)


Cerita kami 4: Catering Perkahwinan di Batu Pahat

Assalamualaikum...

Salam hujung minggu semua..Sekejap je dah Sabtu semula.Sabtu ni aku kerja setengahari.Alternate Sabtu aku sekarang.Seminggu kerja Sabtu, seminggu tak.Layankan je kerja hujung minggu ni.Kalau dah ada anak tu,lain sikit kot cerita ye. :)

Okla.Mengenai majlis aku.Semasa Majlis Perkahwinan aku haritu,aku menggunakan khidmat Catering.Aha...yes.No rewang-rewang yer (rewang apa ek bahasa standard yer?tak ingat.hahaha). Aku guna Catering area Batu Pahat atau lebih tepat Ayer Hitam.Rumah tukang masak ni 10minit je daripada rumah aku.

Tanjak Service Catering
Based: Taman Suria Ayer Hitam,Batu Pahat.
Facebook: Tanjak Service & Kanopi
Pengelola: Azrul


Feedback tetamu dan keluarga:
1) Menu Daging masak hitam sangat sedap.
2) Nasi memang peroi.Sedap.
3) Makanan mencukupi.
4) Servis ok.1 hari sebelum majlis tukang masak datang rumah nak survey tempat dengan pesan untuk masak air.
Masa majlis,tinggal sorang kakitangan sampai siap hidang semua dan ada datang tengok-tengok makanan.Dipantau.

Aku dengan Tanjak Service Catering ni memang hanya amik tempahan makanan.Tak amik sekali pelayan tetamu sebab tak nakla pulak menyisihkan orang kampung.Dulu mak kita dengan orang kampung rapat,kenala kekalkan silarurrahim yang terbina.kan?Tu sebab Catering ni tinggal sorang je untuk memantau.

Masalah timbul:
Tersalah komunikasi.Lagi 5hari majlis,aku double confirm menu aku.Ada perubahan yang mana nasi putih tak supply.Dalam perjanjian asal dia nak supply.Petang tu jugak aku pergi direct ke tukang masak.Selamat rumah dekat.Tukang masak bagitahu dia tetap akan masakkan.Settle.

Masa majlis,makanan sampai lambat.Panik.hahaha.Telefon pengelola catering dia suruh tanya tukang masak sebab dia ada majlis kat Johor.Telefon tukang masak dia cakap nak hantar dah.huhu.Lambat setengah jam.Janji pukul 10.30pg tapi datang dekat pukul 11.00pg.Selamat memang mula jemputan pukul 11.00pg.Takut kita tau.hohoho.

Nasihat ikhlas:
Pastikan anda ambil Catering yang berdekatan dengan rumah.Ini bagi memudahkan urusan untuk berbincang face to face dengan pihak Catering.Terutama bila anda bergerak sorang untuk majlis anda! =_='

Pada aku sesiapa area Batu Pahat nak guna khidmat Catering aku recommended Tanjak Service Catering ni.Cuma kena pastikan sentiasa berkomunikasi dengan betul.Masakan Catering ni sedap!!! ;)


Tazkirah Jumaat tentang Solat

Assalamualaikum....


Wahai Tuhanku,
Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku,
Wahai Tuhan kami,
Perkenankanlah doa permohonanku

Amin.....

Ya Allah,
Andai aku lalai 
Engkau kuatkanlah ingatanku...

Kadang-kadang leka dengan perkara dunia,terabai solat.
Terlalu taksub mengejar harta,terabai waktu solat.

Selagi bergelar manusia....
Tidak terlepas dugaan yang diterima.
Moga sama-sama kita ingat Allah waktu susah mahupun senang.Insya Allah.Amin....

Kita jaga waktu kita dengan Allah, lagi Allah akan jaga kita sepanjang masa.




Khamis Yg Spontan: Pintu,lipas-Kipas,nyamuk

Assalamualaikum...


Kisah aku
Rumah sewa

Bila PINTU bilik tak bertutup,LIPAS menyelinap masuk.
Bila PINTU bilik bertutup,aku lemas angin tak masuk.



Bila angin tak masuk,KIPAS dibuka.
Bila KIPAS dibuka,aku rasa sejuk sangat macam dalam aircond.
Bila KIPAS ditutup,bukan takat takde angin je NYAMUK pon berleluasa.

STRESS!
hahahaha...sabar jela jadi manusia.
^_*


Khamis Yg Spontan: Tak sedap tu la Ubat

Assalamaulaikum...

Horlicks + Oats = Tak sedap (tekak aku)



Horlicks = Sedapppp!!
Oat tu kan bagus untuk kurangkan kolestrol tapiiiiii.......
bila oat dalam horlicks kegemaran aku jadi macam 3 in 1 atas tu aku beli jadi tak sedap (tekak aku). Tawar.Lemak takde.

Ooh Horlicks Oats 3 in 1...tak habisla engkau kat bilik tu.hahaha.



WW#79: Pesanan buat semua Wanita!

Assalamualaikum...



Syarat:
Jangan buang sepah-sepah.
Jangan lupa cuci bersih-bersih.

Pengajaran:
Syaitan suka benda dan tempat yang kotor.
#Kes kejadian budak sekolah kena kacau.
*__*



WW#78: Bergurau tak kena cara.

Assalamualaikum...



Pengajaran:
Bergurau tu biarlah bersederhana.
^_*



1 month!!!

Assalamualaikum...

21.12.2013 - 21.01.2014
Enough 1 month!! Alhamdulillah.

Semalam hubby kita cakap...'asyik teringat hari selasa jela'.Aku dah pelik.Jarang dia nak ingat hari-hari ni.Rupanya today is our 1st month anniversary.Sayang hubby kita.hahaha.Penat dia ingat hari :p

Suamiku.....Mohamad Hafizal.Entry ni untuk kamu.Tahu dah nanti baca jugak.hihi. ;)

Hehehe...

Suamiku,walaupun hanya baru 17hari kita bersama bertentang mata dan selebihnya hingga ke harini kita hanya berjumpa kat telefon (jumpa ke??),isterimu ini tetap bahagia.Sentiasa tersenyum.Sentiasa tenang.Pastinya atas keredhaanmu dan berkat doamu kepada Allah, suamiku.Bukan senang untuk kita kan.Insya Allah,kita akan sentiasa bahagia.amin.

Terima kasih kerana menerima isterimu seadanya.Terima kasih menjaga diri ini sepanjang 1 bulan dan hari-hari seterusnya.Terima kasih meredhakan isterimu ini berjauhan denganmu.Maaf segala kesilapan yang dilakukan dan yang akan dilakukan.Moga Allah sentiasa melindungi kamu di sana, Mohamad Hafizal.

Hohoho...

Moga Allah sentiasa murahkan rezeki dan menjaga hati kita bersama untuk terus sayang-menyanyangi hingga Syurga yer.Amin.Nak buat apa ek anniversary 1 month ni?eerrr...nak mkn kek boleh??!Sorang pon jadila kan.hihihi. :) Hubby,kita nak buat apa la agaknya 1month anniversary ni.Mesti gayut 24jam gan isteri tersayang ni nanti kan. :) Kena pastikan bateri full macamni.hahaha.

Macamni la korang bila Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).Telefonlah pengantara buat kami.Telefon 24jam kat sebelah.Tido pon telefon kat telinga.hahaha.Hebatkan penangan PJJ.hahaha.Aku je kalau kerja letak jauh sikit telefonnya.hihihi.Ada manisnya bila berjauhan tapi tidak tinggal juga masamnya duduk berjauhan.haha.Apa pon doalah untuk yang terbaik bersama yer.Moga sama-sama mendapat keberkatan Allah. ;) 

Cerita Kami 3: Guestbook Corner Perkahwinan

Assalamualaikum...

Salam hari isnin buat semua.Hari isnin semula dah.Cukup rehat sudah aku sepanjang hujung minggu yang lepas.Tenang rasa. ;) Korang hujung minggu ok tak?

Yeay..Harini ada perasan nak buka cerita pasal perkahwinan 21.12.2013 yang lepas.Setiap malam tengok gambar kahwin kat telefon masih jugak tak puas.Nanti dapat gambar daripada Offocial OP lagi la agaknya.hihihi.Kahwinla katakan.

Ini cerita pasal Guestbook Corner.ok.Aku memang nak ada guestbook ni.Aku memang nak buat DIY cantik-cantik untuk guestbook ni.Ada memang dalam list DIY aku kena buat guestbook.Akhirnya........

 Mekaseh pak cikku... ;)

Mekaseh my staff... ;)

Kita ada guestbook masa majlis kahwin!!! Sukerrr!! Hihi..
Kisahnya Guestbook yang aku DIY ni sebenarnya separuh siap.hahahaha.Lawak kat situ.Serius ni.Tapi tetap jadi guestbook juga ;) Hebat rasa tetiba.wahahaha :p


Nampak gambar aku sorang kat situ?? Sampai kesudah, gambar aku kat depan guestbook ni sorang.hihi.Tak tahula ada yang perasan tak ;p Si Mohamad Hafizal tersayang tu lupa nak bagi malam tu.hahaha.So sweet!

Guestbook DIY Aku ni siap sehari sebelum majlis.Meja untuk guestbook aku ni pon sehari sebelum baru ada.Betul-betu depan tangga.Mekaseh abang-abangku sayang sebab sediakan.Sayang ketat-ketat.hihi.

MATERIAL GUESTBOOK DIY

Kertas lukisan
Kertas keras untuk kulit-aku guna kertas belakang sekali kertas lukisan tu je.
Kain felt
Manik
Marker pen- jangan guna pen sebab tak cantik

Petang 2hari majlis, aku pergi tebuk siap-siap dulu baru aku DIY guestbook ye.Gambar guestbook yang dah siap memang tak teringat nak snap.Ampun ye.Tapi korang deco jela guestbook tu.Sampai sudah majlis tak tanggal dah la.Tu je nasihat aku. ;) 

Sekarang guestbook ni aku telek malam-malam sebab suka baca apa ada dalam tu.Kad hadiah pon aku tepek dalam ni sebab ada lebih yang kosong.Sukerr!!At least aku tahu siapa datang.

Kesian kawan aku sorang datang jauh2x tapi tak jumpa.Tahu dia datang sebab dia tulis 'aku tunggu sampai pukul6 tapi ko tak balik lagi...' Sedih!Kalau ko baca post ni,maaf ye Fikri dan wife.


Ok.Thanks.It's done!
Sekian.




Resepi Nasi Keladi

Asalamualaikum....

Salam hujung minggu semua.Banyak pulak masa aku nak memasak kan semalam.Hari sabtu sekarang aku off berganti-ganti.Jadinya semalam banyak masa terluang aku cubala resepi nasi yang bos aku kongsikan ni.Selalu kalau aku dengar resepi nasi ni ada nasi serai,nasi jagung,nasi beriani, nasi ayam tapi yang ni pertama kali aku dengar NASI KELADI.

Jom tengok bahan-bahan ea.
1. Beras
2. Cendawan
3. Udang kering



4. Pati Ayam - Cube ayam manggi pon boleh
5. KELADI - potong dadu



6. Garam sedikit

Cara membuatnya pula.

1. Rendam udang kering dengan cendawan sehingga kembang dan lembut.Bila lembut, potong cendawan nipis-nipis.
2. Larutkan cube ayam dalam air suam. Air tak payah banyak.Cukup-cukup nak larutkan cube sahaja.
3. Basuh beras dan basuh keladi yang telah dipotong dadu.Masukkan keladi dalam beras yang telah dibasuh.
4. Masukkan larutan cube ayam dalam campuran no.3.
5. Campurkan sekali udang kering dan cendawan yang telah dihiris nipis ke dalam campuran no.3.Masukkan sedikit garam.


6. Rasa campuran air sama ada cukup lemak ataupun tidak.Tambahkan air sedikit kalau kurang supaya beras betul-betul masak nanti.
7. Hidupkan rice cooker dan tunggu sehingga masak.Bila separuh masak gaulkan nasi tu supaya campuran sebati.
8. SIAP.


Berapa kuantiti aku tak letak sebab ikut korang nak letak banyak atau sikit.Lagipon ikut makan untuk berapa orang.Kalau beras banyak,banyakkan jumlah bahan yang nak dicampur.

Selamat mencuba yer..Sedap!!
Buatla jugak sambal sotong atau apa sahaja sambal untuk dimakan bersama.Resepi mudah untuk orang 'bujang' dan kesuntukan masa.Makan gitu je pon Nasi keladi ni dah sedap.





CPUV atau BE 2014!

Assalamualaikum...

Selesai Blogwalking selepas sekian lama aku letak jawatan kejap daripada kerja tersebut.Ada yang lama sangat tak follow cerita kawan-kawan.Sampai anak diorang dah besar comel-comel,bijak,pandai,cantik, handsome baru aku tahu sepanjang minggu ni aku blogwalking (BW).Seronok! :) Nanti aku datang lagi baca cerita korang semua ea.

Ada jugak jalan-jalan tu tengok kawan ada dapat Buffered Eaarning/Cost per Unique Visit (BE/CPUV) untuk tahun 2014 ni kan.Wah...aku pon teruja la kononnya gitu mana tahu dapat jugak.hahaha.BE/CPUV punya pasal sanggup buat wireless online kat laptop gitu.hahaha.Nampak kan terujanya aku nak tengok iklan Nuffnang apa aku dapat.Akhirnya.....


Ada jugak yang baru untuk tahun 2014.Tahun 2014 guna warna Merah bagi ong sikit.hahaha.Whatever ko Ayut!Alhamdulillah.Melekat satu BE/CPUV 2014 ni.Pembuka tirai BE/CPUV 2014 iklan daripada Caltex.Wah!Caltex pon sekarang promosi besar-besaran.Terbaiklah.

BE/CPUV membantu memberi semangat untuk aktif kembali update akaun Nuffnang dan juga update entry kat blog.Berkobar-kobar la katanya gitu kan.Nuffnang sayang...lepasni bagi lagi banyak-banyak iklan kat kita yer.Iklan yang best-best untuk pengunjung blog ni boleh tengok-tengok sikit.Boleh ea Nuffnang sayang bagi leboh-lebih kat kita.hihihi :)

Bila aku fikir balik,bukan hanya duduk senang tetiba duit masuk kat akaun ni.Kena jugak kerja keras kalau tak memang tak dapatla BE/CPUV sekaligus duit pon tak dapat.Kerja keras ni maknanya cari idea nak update pasal apa,perkongsian apa yang tengah trending dsb.Payah jugak jadi Blogger.hahahaha. *statement tetibe*Oklah.Lepasni aku tak tinggal lama-lama blog tak berupdate ea kawan-kawan.Kalau aku tinggal lama ketuk pintu blog aku tu kuat sikit.Aku tertido tak sedar la tu kot. Sejak bila ada pintu oooiiii ayut ;p hahaha.


Memori Tahun 2013!

Assalamualaikum...

Harini 17hari dalam tahun 2014.Bila pandang belakang,macam-macam rupanya aku dah lalui.Suka duka,airmata,ketawa, susah senang menjadi satu yang dipanggil sebagai MEMORI.

Sepanjang tahun 2013 aku nak senaraikan pon aku lupa dah apa yang jadi.Nampakkan jenis orang yang dah semakin dimamah usia aku ni.hahaha.Sabarjela.Kebanyakkannya masih bawah kawalan itu tak ingat mana segala apa yang terjadi.hihihi.Jom tengok imbasan kisah lalu yang masih ingat.

Januari
- Jalani kehidupan seperti biasa sebagai tunangan Mohamad Hafizal.Planning tukar kerja.Masih aktif berblog.


Februari

- Tawaran kerja daripada bos.Ada entry ye tapi malas nak cari.Boleh gitu?hahaha.Dapat bonus sebulan setengah.

Mac
- Terima tawaran kerja daripada bos.Kena menghadiri kursus di Shah Alam selama sebulan.Mula kurang aktiviti berblog.Mohamad Hafizal pon terabai.Kesian dia :(

April
- Pindah ke kampung Batu Pahat.Kerja baru.Jawatan baru.Semakin kurang berblog.

May-Oktober
- Kerja,kerja dan kerja....Fokus lebih kepada kerja akhirnya blog terabai.Tambah dengan persiapan kahwin.

November
- Pergi Terengganu hantar abang kahwin.1st time bawa kereta myB kesayangan sejauh tu.huhuhu.


Namun...dalam kesibukan, aku terlibat pulak dengan 2 kali kemalangan.Selamat tak teruk.Dugaan.Disebalik dugaan Allah turunkan rezeki tidak diduga.Penghujung bulan November cash out pertama Nuffnang.

Belek gallery terjumpa pulak.

Tambah lagi rezeki dapat hadiah handphone Grand Duos daripada tunang ( masa tu ). ;)

Disember
- Berkahwin.Bulan paling sibuk dan happy.Alhamdulillah....

Ehem... ;)

Jumlah entry tahun 2013 cuma 293.Menurun.Tapi syukur aku boleh lagi dapat iklan daripada Nuffnang.Kesimpulannya impian aku umur 25 tahun bernikah terlaksana.6 hari ketika berumur 25 tahun aku bergelar isteri kepada Mohamad Hafizal.Alhamdulillah.

Kemuncak 2013 aku adalah bersama suami tersayang.Sangat indah :) Mudah-mudahan 2014 lebih baik daripada tahun sebelumnya buat suami, Mohamad Hafizal, aku, keluarga kami, saudara-mara kami dan semua yang membaca entry ni.insya Allah.Amin..



Carita kami 2: Pelamin tema PinkPurple

Assalamualaikum...


Selepas 25hari majlis baru ada kelapangan nak berkongsi dengan kawan-kawan pasal majlis.hihi.Takpela.Jadikan memori terindah jela kalau ada tulis dalam blog ni.Nanti boleh baca semula dengan suami tersayang. ;)

Pelamin tema warna pinkpurple.Pelamin pinkpurple ni sebenarnya bukan nak macamni.Aku nak lebih banyak putihnya.Pelamin ni lebih banyak pula warna pinkpurle.Aku pon haahkan jela sebab cantik jugak.hahaha.


Ni tepat-tepat lepas pelamin pinkpurple ni berdiri tegak dalam umah.Tak letak pon lagi bunga telur ke apa.

Eh..tepek gambar kitorang pulak ;p

Gambar atas tu ada nampak kan bunga telur crepe paper aku tu.Ada jugak bunga telur crepe paper warna putih.Itu ada cerita di sebaliknya.Lari tema kejap dari tema pinkpurple tapi hentam sajalah sebab dah buat dengan penat lelah semua.

Pelamin ni daripada bridal mana, nanti aku bagitahu bridal mana yer.Yang pasti pelamin aku suka.Ada bunga sakura sikit semua tu kan.Pastu ada bola-bola kristal pulak tergantung tu.Selamat cantik.hahaha.

Apa yang pasti senyum je ye masa majlis.Pesanan ikhlas ni.hihihi.

#macam-macam boleh berlaku masa majlis.



Salam Maulidurrasul 1435H

Assalamualaikum...

Hari ini umat Islam meraikan hari lahirnya Nabi Muhammad SAW.Nabi kesayangan semua umat Islam.


Tarikh lahir Nabi junjungan kita semua Nabi Muhammad SAW adalah pada 12 Rabiulawal bersamaan 20 April tahun gajah.Walaupun mempunyai beza pendapat tentang tarikh lahirnya Nabi Muhammad SAW,namun marilah kita sama-sama bersyukur atas lahirnya utusan Allah yang membawa Islam kepada umatnya yang masih kekal hingga kini dan hingga akhir zaman.Alhamdulillah.Anugerah yang tidak ternilai harganya.

Jom sama-sama perbanyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.Mudah-mudahan menjadi kebiasaan mengucapkan selawat untuk hari-hari seterusnya.

Source:google image

Moga di sana nanti kita peroleh syafaat daripada Nabi Muhammad SAW.Insya Allah.amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...