-Kawan Aku-

Teaser Cerita Kami 1: Alhamdulillah

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama aku menyepi.Kesian kat blog..Kesian kat pengunjung blog..Maaf ye kawan-kawan.Kesibukan dengan majlis.Lepas dh selesai kesibukan dengan hubby la plak kan.huhuhu.


Alhamdulillah.Kami selamat diijabkabulkan pada 21.12.13 pada pukul9.30 pagi.Lega.Syukur.Sangat berterima kasih.Tak tahu dah apa lagi rasa waktu tu.Apa yang pasti aku dapat menjalani semuanya dengan tenang.Alhamdulillah.


Majlis bersanding dekat 2.30petang jugak.Cuaca waktu tu pon alhamdulillah sangat baik walaupun malam sebelum tu hujan turun.Syukur Ya Allah.

Benarlah.Andai kata anda mahu segalanya baik banyak-banyaklah berdoa pada Allah.Segalanya atas ketentuan Allah.Janji Allah itu pasti.

Cerita selanjutnya aku kongsi kemudian ea syg semua.huhuhu.Sedang manfaatkan cuti yang sebulan ni bersama hubby tersayang.hihihi.Doakan kesejahteraan dan kebahagian kami ye.




WW#77: Save the Date!

Assalamualaikum...




Another 2 days more to go
Happy ever after.Insya Allah.Amin....

Proses Pembayaran Nuffnang.

Assalamualaikum...


Terus kepada point entry nak cerita.hihihi.Mukadimah tengah takde idea.Boleh gitu?

Okla.Haritu aku ada baitahu aku cash out pendapat aku dengan Nuffnang kan..Haaa...Sebelum ni aku baca-baca kat nlog otai bagitau proses pembayaran Nuffnang adalah sebulan.

Aku ni saje la gatal nak jugak hantar tiket ke pihak Nuffnang tanya pasal proses oembayaran.Sekali aku tanya pasal proses pembayaran tu pihak Nuffnang balas seperti di bawah ni.


Makanya kalau cash out akhir bulan 11 haritu, bulan 1 la ea baru dapat?Lama gak proses pembayaran daripada pihak Nuffnang ek.Mungkin blogger pon dah makin bertambah kan.Moga-moga selamatlah sampai cek pertama aku tu.Amin.

Korang yang pernah cash out sebelum ni biasa berapa lama ek cek sampai??



15 Disember 2013

Assalamualaikum...

15.12.13
Kalau tak aku nikah dah tarikh ni.
Boleh gitu?? Hahaha.



Alhamdulillah.Officially 25 tahun.Sekarang semua dah tahu kan umur aku.huhuhu.Okla.Syukur sangat aku masih berkesempatan untuk menikmati umur 25 tahun ini.Ya Allah...syukur.Alhamdulillah.



Pada umur 25 tahun
-Nak kahwin
-Ada kereta
-Kerja tetap

Itu cerita dulu-dulu waktu belajar.Target aku pada umur 25 tahun.Alhamdulillah.Tang kereta tu je menumpang kan.hihihi.Terima kasih pada en B tersayang sebab setia tunggu sampai umur 25tahun.Teringat kisah 2 tahun yang lepas.hihihi.Kita baru kenal kan Mohamad Hafizal ;p 

Minta maaf kepada kawan-kawan semua sepanjang yang mengenali diri ini selama 25 tahun.Salah silap,hutang piutang dan sebagainya minta dihalalkan dan dimaafkan ye.

Moga kita bahagia bersama dunia akhirat hendakNya...Amin.Tahun ni meriahkan tarikh 12.12.13 ni dengan kerepek berbungkus-bungkus sekali dengan bunga crepe sekotak.hahaha.Oh persiapan majlisku... 


Dugaan itu pasti ada..

Assalamualaikum....


Berkesempatan seketika untuk buat entry.Ya Allah tinggal seminggu.Rasa macam tak sempat je nak buat apa yang tak siap ni.Aduhaiii..Bila komitmen masing-masing tidak mengizinkan.Sakit gak aku minggu terakhir ni.


Dugaan...
Tak tahula sama ada hanya aku atau setiap pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga lalui dugaan tak terduga.Tu la kalau nak buay benda baik ada je syaitan yang menganggu.Lagi-lagi sifat amarah yang makin sukar dibendung.huhuhu.Apala yang difikir agaknya aku ni..sensitif ye terlebih..mmm.

Kemalangan.Dugaan ni memang kerap kali jadi sekarang.Nak kata tak berhati-hati dah memang selalu bawak macam tu jugak.Masalahnya bukan aku sorang.Sekali berjangkit dengan si En B sorang tu.Adakah sebab banyak berfikir fokus itu hilang?mmmm..Ada kaitannya jugak kan..

Hasil kreativiti: Shida
Dah ada tarikh kat situ.haha.okla.tak payah buat save the date la gitu. ;p

Keluarga.Tipu kalau cakap majlis boleh jadi tanpa bantuan keluarga.Nak tak nak diorangla penggerak majlis nanti.Semakin dekat majlis,semakin sibuk masing-masing dengan komitmen tersendiri dengan masalah sendiri.Perghhh.Kadang-kadang tu hanya mampu diam jela sambil berfikir.Padahal boleh je buat cume feel tu tak best buat sorang-sorang.Mmmm.

Minggu depan cuti.Tak tahula apa yang terjadi.Doakan untuk yang terbaik jela.Insya Allah pasti indah penghujungnya.Amin...

Dugaan itu sentiasa ada selagi anda mengatakan diri anda itu Islam...Allah mahu menguji keimanan setiap hambanya.Allah rindu kan kita sebab itu Allah bagi kita ujian.Allah nak kita lebih dekat denganNya.
Peringatan untuk diri sendiri.....


WW#76: Anting-anting!

Assalamualaikum ...



Rezeki bersama tak panjang.....





Hadiah Veil untuk Nikah!

Assalamualaikum...

Taip entry laju-laju untuk harini.Kerja untuk closing stok tengah menanti.Ya Allah tinggikanlah kesabaranku dan kuatkanlah semangatku.Hindarkanlah aku daripada lemah dan sihatkanlah tubuh badanku.Amin...
Majlis tanpa ibubapa sangat mencabar T.T


Okla.tutup cite sedih.Nak cite gembira ye. ;) Belom kahwin dah dapat hadiah.hihi.Seronok.Dahla hadiahnya boleh digunakan masa majlis nanti.Jimat dah tenaga aku nak perah otak carik idea.Mehla share cikit gambar kan.



Aku dah penat.Aku guna jela kot nanti veil nikah ni.Aku bayar hutang sekali entry nak tunjuk baju nikah yang dah siap tu ea kawan-kawan.hahaha.Nampakla cikit kan baju nikah aku nanti.Warna purple.

Tapi macam nak tambah cikit lagi kat veil + shawl nikah tu.mmm.Rajin ke aku.?? Eh?? Hahaha.


Terima kasih buat Aliza sayangku.Tak payah susah-susah beli lain yer dear.Match la tu kot.huhuhu.Terima kasih banyak.Walaupun kau tak dapat datang tapi kau membantu dah tau :) Doa kan untuk aku dari jauh yer ;)

Ada lagi tak nak bagi hadiah kat kita?? Hahaha.ok.Tak malu mintak hadiah :p




Dokumentasi Pernikahan di Johor (2)

Assalamualaikum...

Ada kesempatan sekejap kesempatan bolehla update blog laju-laju.hihihi.Okla.As promise aku nak sambung sikit pasal dokumentasi pernikahan di Johor ni.Alhamdulillah aku dah selesai bab dokumen semua ni.Senang sebenarnya.Tak tipu :p



Sebelum ni aku keliru dengan senarai semak daripada jabatan agama kadi yang nombor 10 tu kan?? Okla untuk entry ni aku kongsi pengalaman aku ye.Sebenarnya surat nikah ibubapa kita tu diperlukan apabila anda mahu berkahwin dan wali anda adalah abang anda.Seterusnya kalau abang anda itu adalah anak sulung dalam keluarga mereka pasti mahukan surat nikah ibubapa.

Ini bertujuan untuk mengesahkan status wali perkahwinan anda itu benar-benar layak.Senang bahasa ye bukan anak luar nikahla.Kalau abang anda yang jadi wali itu bukan anak sulung dan anda juga bukan anak sulung,dokumen no 10 iaitu surat nikah ibubapa tidak perlu pon. ;)

Menjaga keturunan itu penting.Agama sangat menjaga kesucian keluarga yang akan dibina.Nanti kalau wali tu ada kemushkilan nikah kita boleh tak sah.Wali itu sangat penting yer.Ada dalam rukun nikah ;)

Kepada B2B Johor terutamanya,dan B2B negeri lain amnya,selamat membuat dokumen nikah anda!Saya dah selesai.Boleh dah kahwin!!! :P


Khamis yg Spontan: Bos!

Assalamualaikum...

BOS
Bila timbul masalah apa yang dia nak tahu:
Untung atau Rugi
Cerita pendek tak nak panjang
Selesai cepat.


Pekerja bawah dia:
Macam nak pitam fahamkan keseluruhan cerita masalah.
Belum lagi nak cerita dengan orang akaun.Mahu aku gaduh kang.haha.

Sabar jela


WW#74: CPUV NOVEMBER dan Cash Out Pertama

Assalamualaikum...





Dah RM 0.00!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...