-Kawan Aku-

Perjalanan ke Felda Triang, Pahang!

Assalamualaikum...

Boleh nak cerita pergi kenduri kahwin kat pahang aritu lagi tak?hihihi.Tak kira cerita jugak.Lama kan tak jumpa budak-budak 1 universiti dulu.Memang jarang la sejak masing-masing dah kerja ditambah dah ada yang kahwin.Bujang-bujang ni jela yang masih boleh merayap sana-sini.

Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Felda Triang ni makan masa 3 jam lebih.Jangka waktu perjalanan ni adalah bila anda bawak kereta 140km/hr.See?Laju ok kawan aku ni bawak kereta.Adehhh.Kitorang pergi 2 kereta.Apa yang pasti yang bawak kereta tu adalah lelaki yer.Bukan gadis-gadis di bawah ini.huhuhu ^^


Berhenti kejap nak pergi beli ikan patin dan ikan talapia.Alang-alang berhenti bergambar la kejap dekat tepi Sungai Pahang ni.Sungai Pahang sungai terpanjang kat Semenajung kan?Kalau sungai terpanjang kat Malaysiasungai kat Sarawak tu.Ok.Nak masuk geografi pulak kan aku ni :p


Nape aku nampak gelap????Kompius kejap.


Ni la kedai tepi jalan yang kitorang berhenti nak membeli ikan yer ^^




Ha...ikan-ikan kat atas tu la yang dibuat masaknya oleh aku dan kawan-kawan aku.Ala yang aku ada tunujuk gambar aritu.Ingat? ^^ Sedap....nyummy! Yang dalam mangkuk merah tu baru je tangkap kat kelong bawah tu.Mungkin bela jugak tu. Harga untuk ikan-ikan ni RM 8/kg.Tak kira ikan patin atau ikan talapia.Katanya harga standard.Aku pon iya kan jela ^^



Seronok sesekali berjalan jauh ni.Tengok-tengok negeri orang lain kan.Dulu pon memnag belajar yer kat Pahang.Mengubat rindu la kejap melawat Pahang.Kawan-kawan kawen jela boleh nak pergi jalan jauh.Kalau tak jangan harapla kan? ^^



CPUV Bulan September...Alhamdulillah

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.
Tinggal lagi 2 hari nak masuk bulan 10.Cepatnya masa berlalu.Tak terkejar kadang-kadang nak buat apa-apa.Sungguh.Penat.Sekarang ni dah la takde geng nak chit-caht pasal kahwin.Lagi nak buat preparation untuk kahwin.Takde geng yang membebel,jadi lambat la nak update pape.Tapi tak boleh jadi ni.Kena jugak buat sesuatu sebelum semuanya jadi tunggang-langgang kang.Parah nanti jawab yer ^^ Doakan majlis yang akan berlangsung hujung tahun nanti selamat semuanya yer kawan-kawan.Mekaseh ^^


Alhamdulillah.
Walaupun lama tak jenguk akaun Nuffnang,masih diberi rezeki untuk terus merasa BE a.k.a CPUV.Syukur sangat.Sekali untuk bulan 9 je aku dapat 3 BE a.k.a CPUV.Olay,SenHeng dan KL Sogo.Aku pon belum pernah nampak lagi iklan CPUV ni menari-nari dalam blog.Nak story banyak pon tak reti.Kena tunggu gak ni bila la iklan CPUV ni kuarkan.Kalau korang nampak iklan CPUV ni keluar try la usha-usha ea.Pastu bagitahu tau.Nanti aku usha-usha blog korang pulak ^^


Insya Allah,hujung bulan ni nak cash out la ^^ Betulkan kawan-kawan?Kalau nak cash out hujung bulan kan???Kena tanya-tanya otai jugak ni.huhuhu.

WW#68: Pertandingan Bunga api Dunia di Putrajaya!

Assalamualaikum...




WW#67:Masakan Ikan Patin dan Talapia!

Assalamualaikum...







^___________^

Kawen2x: Fikhri dan Hafiza....Tahniah!

Assalamualaikum...

Cerita kahwin-kahwin.Yeay!!hahaha.Okla.Ni bukan cerita pasala kahwin aku tapinya pasal kahwin kawan-kawan aku je dulu. ^^ Alhamdulillah aku berkesempatan meraikan majlis perkahwinan kawan aku sorang ni dekat Triang,Pahang.Serius jauh giler kau umah dia.huhuhu.Pedalaman punya Felda Triang.Terbaik!hahaha ^^ Gambar yang ada 2 je.hihihi.Gambar lain malas upload :p Boleh gitu?


Dalam gambar ni belah kanan tu je yang dah kahwin yer.Tu sepasang husband and wife.Wife dia dah 6 bulan ada baby dalam tummy.Tapi kecik jugak perot yer.Sekarang memang musim ea mengandung perut kecik-kecik.hihihi :p Comel jer kan :)


Aku tak tahu nape pengantin ye tak duduk sebelah-sebelah dalam gambar ni.hahahaha.Woi fikri,tinggal bini ea. ;p Baju pengantin ni warna pearl.Haaa....sesiapa yang tak tahu warna pearl,ni la warnanya (aku la tu.hihihi).Masa sampai-sampai je majlis,diorang ni tengah kat pelamin.Nak tahu diorang watpe?Diorang baling duit syiling ok!Best!!hahaha.Idea bernas untuk menghiburkan para tetamu anda yang hadir terutama kanak-kanak.Bukan 20 sen je yang ada ok....50 sen pon ada.Tak ke berbaloi. ^^

Buat pasangan,
Iringan doa buat kalian.Semoga kekal bahagia hingga ke Syuga.Amin.

Next?
^^






Random Words!

Assalamualaikum...


Bila hati sakit..menangis.
Bila hati gembira..menangis.
Bila hati kecewa..menangis.
Bila hati geram..menangis.

Jangan pernah ketawakan kisah silam orang lain
kerana takut....
Kisah silam orang itu boleh jadi masa depan kita.

Setiap manusia diberikan peluang.
Jangan kerana satu kesilapan kau dah menolak dirinya untuk akan datang.

Adil ke?

Kau jugak bukannya sempurna.
Ingat tu.




Wajah Terbaru Si Panjang

Assalamualaikum...

Apa khabar semua kawan-kawan..?Wah...dekat sebulan blog terbiar.Terasa macam tidak terkata pulak bila lama tak update.Macam sibuk sangat je kan gaya ye ^^ Ada yang rindu ke?hihihi.Samalah kita.Berindu-rinduan dikala tiada. :p Macam biasala kalau hari-hari bekerja tak sempat nak menyediakan ruang untuk menghadap blog.malam pulak internet kat umah sewa tu aku tak beli lagi.Bila hujung minggu ada program memang terbiarlah jawab yer laptop yang ada.Kalau laptop dah terbiar maknanya dengan blog-blog sekali terbiar.huhuhu.terima kasih pada sesiapa yang sudi lagi datang blog aku ni.Nangis jap.Terharu! ;)

Last haritu macam aku ada cerita yang Si panjang tu sakit kan?Lepas tu aku pon ada cerita aku sakit kan?Okla.Alhamdulillah.aku sihat.Insya Allah akan terus sihat.Tapinya....Si Panjang masih belum sihat.Makin teruk aku rasa penyakit dia tu.Aku rasa macam tak boleh baik.Aku dah bagi ubat.Tapi mungkin jugak penjagaan aku tak cukup telita Si Panjang ni tak jugak baik.mmmmm..Ada kemungkinan.Aku kesian kat dia.Ada aku sampai rasa,kalau nak mati pon takpe la,nanti aku boleh tanamkan.


Yela..kan dia sakit.aku takut la berjangkit kat diri sendiri pastu jangkit kucing lain pulak.Daripada jadi macam tu,baikla dia mati.Kesian tau kalau Si Panjang ni tak baik-baik pastu lemah longlai je keadaannya.mmm.kalau panjang umur sihat la kau yer Panjang.Kalau mati tu lebih baik untuk kau takpe la.


Kalau perasan banyak bonjol-bonjol kat telinga gan ada sikit kat kaki dia.Mungkin tu penyakit kucing yang aku inform sebelum ni virusnya dah merebak.Cian dia.Sebelum ni dah bersih dah aku mandikan.baik daripada kurap,penyakit lain pulak datang.Tabah la ye Panjang.

Penyakit kucing ni memang kadang-kadang tak tahu nak buat cane.Ada penyakit kucing kalau letak minyak gamat je dah boleh baik.ada penyakit kucing kalau diubati macamana pon tak jugak baiknya.Benarlah.Hanya Allah yang lebih mengetahui atas setiap sesuatu.Semoga kucing-kucing di luar sana tidak dapatlah penyakit ni sebab memang susah nak baik.Tuan punya kucing pon mesti akan pening nak buat macamana.huhuhu. ^^ Sabar jela.













Keputusan Terakhir dengan Bridal

Assalamualaikum...

Akhirnya ada update pasal aku kahwin.huh! :p
Sekarang dah masuk bulan 9 dah kan.Ok tinggal 3 bulan lebih.Sebelum ni aku booking je dulu dengan bridal yang aku nak tu.Tak decide pape pon lagi pasal baju ke pelamin ke tema ke etc.Hari tu nak dijadikan cerita aku pergi rumah terbuka bridal aku ni.Alang-alang dah pergi aku terus jela decide time tu jugak.

Sebelum ni aku ada bagi 1 gambar baju yang aku berkenan sangat.Nak dijadikan cerita masa aku pergi bridal ni aku ternampak baju yang lebih kurang sama design ye.Aku pon saje la cakap.nak try baju tu boleh?Dia bagi aku apa lagi melaram jap.Tapinyaaaaaaaaaaa.....aku pakai design baju tu tak cantikkkkkk..Aku kurus.Kecik.Design tu tak kena.Aku dah macam pakai baju kelawar je gayanya.Acane tu??Menangis jap.hihihi ^^

Tu baju yer..

Baju tu cantik orang tu je yang pakai kalau aku pakai non cantek.huhuhu.reject untuk aku.

Aku belek-belek majalah pengantin kat Bridal tu.Padahal aku pon ada kot :p Pastu aku ternampak majalah yang aku rasa sebelum ni aku ada berkenan baju kat dalam tu.Aku belek-belek lagi.Sah.Ada dalam tu.Terus je aku cakap nak baju macam tu.Lepas tu pelamin tu pon nak macam tu.Haaa..Setel.Dalam 1 majalah je ok.hihihi.Majalah pengantin tu pon aku rasa pernah review kat blog aku ni.Majalah Pengantin bulan berapa tak ingat tapi pengisisannya pasal persiapan majlis mengikut budget. ^^

Untuk informasi..Baju baru yang aku nak buat ni tak kena tambahan apa-apa pon bayaran.Lepas tu warna pon ikut pilihan hati aku.Aku haritu main cakap je warna.Tak tahu la kena tak kena =.=" Best kan.Bridal aku ni memang best.hihihi ^^ Nanti aku cerita banyak-banyak lagi pasal Bridal aku lepas kahwin ea.Mudah-mudahan kerjasama yang terjalin dapat melancarkan dan memeriahkan lagi majlis aku kelak.Amin. :)

Tinggal nak tengok hasil je nanti.
Tak sabar! :p





Sporotrichosis!

Assalamualaikum...


Berjumpa lagi dalam entry seterusnya.Tajuk pon dah bahasa doktor-doktor.Nampak sangatla kan ada yang tak sihat kat sini.Sporotrichosis ataupun lebih mudah bahasanya Fungul disease telah menyerang Si Panjang aku.Haaaa....ingat tak aku cakap sebelum ni aku cakap Si Panjang tu telinganya luka tak baik-baik?Inilah sebabnya.Si Panjang tu ada Sporotrichosis disease.Fuhh..

Aku sendiri pon baru tahu ada penyakit ni ok.Sporotrichosis ni sangat bahaya kalau kena kat kucing kita.Aku baru tahu ni pon sebab aku dah bawak Si Panjang tu ke Veterinar.Bila dah ke sana memang dia periksa abis la Si panjang tu.Siap tengok bawah microscope lagi ok.Terus dia bagitahu aku yang Si Panjang ni sakit.Dia cakap penyakit ni bahaya sebabnya boleh berjangkit.Boleh masuk paru-paru dan boleh masuk ke dalam darah.Akhirnya boleh mati.Ayat last dia buat aku ...What??..mmm.Okla.Vet tu bagi aku ubat suruh Si Panjang makan.Ubat tu boleh tahan mahalnya.Aku dapat dalam 10 biji = RM80.Aku pon bagi jela Si Panjang tu makan.Tengok dekat seminggu ni mula menggering luka yang ada.Hope semuanya bolehlah baik.

Gambar lupa nak amik.Gambar ubat pon sekali lula nak snap.huhuhu.Aku cerita jela yer.

After a week.

Aku batuk-batuk tak berhenti.Aku dah pelik.Nak kata aku tak sihat macam aku tak rasa apa-apa masalah.2 hari aku biarkan.3 hari aku biarkan.Masuk seminggu.Fine.Aku dah macam suspek ni mesti ada kaitan dengan penyakit Si Panjang.Aku pon pergi jumpa doktor.Aku cerita-cerita.Dia pon cakap 'Ini kucing memang kadang-kadang masalah' huhuhu.Aku senyap jela.Doktor periksa aku semua dia cakap akan bagi ubat batuk dulu macam biasa dengan antibiotik.Fine.Aku baca kat internet antibiotik tak berkesan untuk melawat disease ni.Aku tak puas hati aku tanya lagi.Kalau tak baik macamana?Doktor tu cakap sambil senyum-senyum kat aku, I akan buat X-Ray.huhuhu.Doktor tu mesti fikir aku dah takut.Ofkos la takut.Bermain dengan nyawa aku kotttt...huhuhu.Nanges jap!

Aku sekarang makan ubat je dulu kalau dah abis tak baik jugak memang doktor tu jugakla aku jumpa.hihihi ^^ Selamat doktor handsome! :p Doakan aku selamatnya kawan-kawan.Risau la jugakkan kadang-kadang kita fikir macam tak serius tapi bila berkaitan dengan dalaman badan ni sukar untuk dijangka kan. ^^ Moga aku sihat dan Si Panjang tu pon teurs sihat.Amin.

Update oh Update! Cerita MyB...

Assalamualaikum...

Akhirnya hujung minggu ni boleh update blog.Yeay! ^^
Blog...
Rasa sekarang ni macam dah kurang je musim main blog.Kan?ke aku sorang je yang rasa macamni :p Mungkin sebab aku dah kurang aktif menyebabkan aku rasa dunia blog semakin kurang sambutannya.Kalau dulu aku aktif tu rasa macam dunia blog sangat meriah.hihihi.Biasalah kan.Perubahan arus kemodenan dan kemunculan pelbagai lagi social network yang ada.Lagipon sekarang ni banyak je yang 'sambil menyelam minum air' dalam dunia online.Satu kebangkitan melakukan perubahan dalam kenaikan harga minyak sekarang :p Semoga terus maju dalam bisnes online buat kawan-kawan semua.Sampai masa aku pasti akan mengikuti.Boleh gitu? hihihi ^^

Alhamdulillah.MyB kesayangan sekarang dah seperti asal sewaktu aku terima daripada En B.Apa yang aku buat kat belakang buntut MyB kesayangan aku yang kat bawah ni aku cat semua balik.Haaa...cat 1 panel bonet tu sekali.Menangis T.T hahaha ^^


Kemek tu dah rata cun cantik berkilat dah semula.Total aku kena buat semua tu RM400.Campur sekali tulisan Persona tu dengan cat sikit belah bawah tu.Fuhh...Setel.Mahal ke tak?Standard kah?Kebiasaannya memang kalau cat semula kereta 1 panel dalam RM300 ke atas kan?kan?hihihi ^^ okla tu.Sekali ni je insya Allah.

Ni cerita total aku keluarkan untuk MyB tersayang sangat ni kan.Cerita si Panjang takde lagi terupdate kan?hihihi.Si Panjang dah kena pergi klinik pastu siap kena makan ubat.Nanti aku cerita lebih lanjut yer.Baru cakap dia ok kan.Tapi sebenanrnya dia tak ok semula.mmm..Okla.Nanti kita cerita kisah si Panjang pulak la ea ^^ Jom nak blokwalking dah ni.Lama tak menjengah kawan-kawan.Maaf ye kalau aku terlambat ke tempat korang semua :) 

Pos Parcel ke Sabah!

Assalamualaikum...


Photo: im ready to go to Semporna...pos la saya cpat..hehe :p

Haaa....tu dia bungkusan ke Semporna!


Ni tracking minggu lepas.Dah sampai tempat proses di Tawau dah. ^^ Dari Tawau baru bungkusan tu akan diagihkan ke Semporna.Lepas je tahu dah sampai tempat proses terus la bagitahu kat En B kita tu untuk periksa parcel dia.Tapi faham-faham jela kan kalau namanya dah duduk kat Semporna tu nak keluar ke bandar ye jauh.Bila bungkusan kena amik kat tempat proses tu sendiri.En B cakap memang sampai dah pon ^^ yeay!!

Aku pos bungkusan ni guna pos laju daripada Pos Malaysia.Total kena pembayaran RM 40++.Penghantaran bungkusan ke Sabah/Sarawak sekarang dah ada tambahan yuran RM1.50/kg tau ^^ Lepas tu Pos Malaysia jugak dah ada sediakan kotak tersendiri untuk buat penghantaran.Maknanya kalau guna kotak tu kira esklusif la sikit tempat letak nya ^^ Harga tak pasti berapa.Kalau korang nak pos barang bungkusan boleh je periksa harga yang kemungkinan kena bayar kat laman web rasmi mereka.Maklumat lanjut boleh terus ke laman web PosMalaysia.

Moga-moga selamat la semua kuih raya dalam tu!
Kantoi sudah bagi kuih raya :p



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...