-Kawan Aku-

Penerima dah Melapor Diri!

Assalamualaikum...


Akhirnya harini semua 5 orang dah melaporkan dirinya untuk dipos kad raya.
Harini kena buat benda lain dulu.Maknanya aku akan pos kad raya semua hari Khamis!Sempat lagi kan sampai sebelum raya?Kalau tak sempat jadi kad selepas raya la ea^^ Terima kasih semua kerana melibatkan diri dan bekerjasama.Nanti mana tahu ada lagi Giveaway yang akan aku buat.Jangan lupa join lagi ea kawan-kawan ^^ 

Kad raya yer lupa plak nak amik gambar.
Terima jela ea.hihi^^

Tak sempat lagi nak berblogwalking.Adehh.
Sabar ye kawan-kawan nanti aku datang.
Sayang korang ketat-ketat :p





Alhamdulillah...Rezeki lagi :)

Assalamualaikum...

Semalam, aku tersangat sibuk sampai terlupa nak post pemenang GA.Maaf ye kawan-kawan.Harini dah umum pemenang.Lepas ni tunggu jela pemenang bagi alamat ^^ Kalau ada sampai terlambat tu jangan marah yer.Aku kalau dapat alamat semua harini,esok kompem aku pergi pos ea ^^

Tadi ada kesempatan sedikit, pergi jengah-jengah blog kekawan semua, ada ramai dapat BE ataupun CPUV kat blog masing-masing.Haritu last aku tengok macam semua nak credited.Macamla kan ^^ Lepas tu harini dah alang-alang tengok orang punya,nakla jugak tengok kita punya sendiri.Kan? ^^ Akhirnya ada penambahan yang ada untuk CPUV aku kat blog ni.Alhamdulillah.


Iklan pertama IKEA.Siapa tak kenal IKEA kan?Pengeluar barang perabot dan barang-barang rumah yang popular.Pasang siap.Suka kan dia punya tema. :) Tapi kat Batu Pahat takde pulak.huhuhu.Mungkin IKEA ada barang promosi untuk Raya nanti.Bolehlah pergi tengok-tengok Yer ^^

Iklan kedua Libresse.Setakat samapai harini aku tak ternampak lagi iklan Libresse ni.Barang keperluan wanita setiap bulan.hehehe :) Sesiapa pengguna tegar Libresse pasti ada sesuatu yang menarik mahu dikongsikan Libresse.Jomla kita terjah sesama apa yang ditawarkan ea ^^

Iklan ketiga Marigold Peel Fresh.Minuman buah-buahan dengan sari buah yang asli.Wah macam iklan! :p tapi betulla tu.Lama dah tak minum Marigold Peel Fresh ni.Kalau ternampak iklan ni bolehlah tengok-tengok yer ^^

Terima kasih kepada pihak Nuffnang memberi peluang kepada blog aku ni.Terima kasih juga pihak pengiklan yang sudi memberi peluang blog aku mengiklankan barang dan promosi masing-masing.Paling utama,terima kasih kepada pengunjung blog tersayang dan comel aku ni yer.hahaha. ^^ Sayang kat korang semua!

Kumpul bebanyakla macamni.Tak terasa lagi nak cash out jumlah pendapat yang diperolehi kat Nuffnang.Kalau nak cashout pon nanti bila memang betul-betul nak beli sesuatu.Sekurang-kurangnya nak beli benda yang nampak."Ha..ni la duit kumpul kat blog" Macam tu la lebih kurang kan ^^ Kalau ada sesiapa nak tahu rahsia dan tips nak dapat CPUV ni,bolehlah refer Blog DuniaSebenarShida.Aku memang tak tengok tempat lain dah.Ikut je apa yang dikongsikan.Insya Allah,ada rezeki mesti boleh ^^



Penerima GA Kad Raya daripada Ayut!

Assalamualaikum...

Masa yang dinantikan telah tiba!
*Walaupun terlambat sesangat.Maaf ye semua.Terjadi perkara yang tak dapat dielakkan*
Khidmat random telah digunakan dan keputusan telah ada.
Jom kita tengok sape yang kena!






Kepada sesiapa yang kena boleh la hantar alamat yer 
Hantar ke email aku eillia_04@yahoo.com ^^
Nak senang hantar je kat komen bawah ni.Nanti aku tak publish tau ^^
Lagi cepat lagi bagus.
Boleh nanti aku terus pos je balik keje.
Selamat Menjalani Ibadah Puasa di penghujung Ramadhan ^^


Senarai Bakal Penerima Kad Raya daripada Ayut!

Assalamualaikum...


Seperti yang dimaklumkan semalam,harini aku akan keluarkan senarai bakal penerima kad raya daripada aku ^^ Terasa excited sikit sebab 1st time buat Giveaway.hahahahaha :p Seronok rupanya erasaan nak memberi ni.Terima kasih semua sebab sudi drop komen dan join.Walaupun tak semeriah mana hadiah aku bagi,tapi aku tetap tahu korang pasti akan support aku bila berkesempatan kan ^^ Sayang kat semua la macam ni.hihihi :)

Ada yang buat entry lagi.Terharu sungguh diri ini.Terima kasih yer :) Kalau korang takde pape nak buat jom la kita tambah-tambah kenalan berjalan-jalan kenal owner-owner blog yang menyertai GA aku ni yer.^^

Jom kita tengok senarai nama ye semua.
Tengok dan ingat Nombor bertuah masing-masing tau ^^

1. http://adhiemenulis.blogspot.com/2013/07/nak-kad-raya.html

Kesemua bakal penerima kad raya daripada Ayut hanya ada 12 orang.Aku hanya nak 5 orang.Besar jugak peluang semua orang ni nampaknya. ^^
Tunggu keputusannya pukul 4 petang nanti yer.



GA Kad Raya daripada Ayut!

Assalamualaikum...


Yeay aku buat GA!! ;p
Kawan-kawan semua nak kad raya daripada Ayut tak ek?Nak la ea.Kita nak bagi ni ^^ hahaha.Ayat tak boleh tahan kan?Okla,disebabkan namanya GA tak bolehlah nak bagi kepada semua orang.Aku akan bagi kepada sesiapa yang terpilih sahaja.Nak kata kad aku istimewa memang tak istimewa pon.Cuma istimewanya aku la yang bagi.hahaha ^^ Hallloooo..ingat zaman sekarang ni senang ke orang nak bagi kad raya ;p

Dah.cukup membebel samapi kat sini.Aku dengan lafaz Bismillah melancarkan GA Kad Raya daripada Ayut ^^


Cara-cara:
1. Tinggal komen pada entry ni dengan "Nak Kad Raya!!!"
2. Tinggalkan link blog. (Maknanya kalau takde blog pastu silent reader blog aku ni tak dapatla yer.Harap maklum)


Tamat GA:
00:00:00 a.m 28 July 2013

Bahasa mudah pukul 12 malam ni tamat dah. ^^

*Update*Lupa bagitahu la...!
Penerima Kad Raya daripada Ayut akan dipilih seramai 5 orang
Pemilihan penerima Kad Raya daripada Ayut adalah dengan melakukan cabutan oleh Random.org ^^
Senarai peserta dan penerima bertuah akan aku umumkan pada 29 Julai 2013 yer ^^
Bila dah menjadi bertuah tu harapnya dapatlah alert dan boleh memberi alamat ASAP kepada aku.


Selamat menjoinkan diri buat semua kawan-kawan yer!




Simple Segmen Saya Nak Kad Raya

Assalamualaikum...






Dia join aku punya,aku join dia punya.
Ala-ala membalas kad raya dah ni.hahahaha ^^
Jom ramai-ramai join jom!
Tamat sama dengan GA aku.
12.00 malam 28 Julai 2013.

GA Ramadhan Abylla

Assalamualaikum...

Dikesempatan yang ada ni,aku saje-saje la menjoinkan diri dalam GA.Korang pon join la jom.Mane tahu ada rezeki boleh dapat hadiah ^^


Tamat tempoh GA: 30 Julai 2013
Jom join reramai jom!Kalau nak join boleh klik pada banner.Nanti akan terus direct ke blog penganjur!
^^

Rezeki CPUV bulan Julai

Assalamualaikum...


Harini sebenarnya takde idea nak kongsikan apa dalam blog.Hari-hari menghadap pam minyak,pelanggan dengan pekerja yang macam-macam kerenah rasa mood pon boleh lari ke laut terus.Lagi nak menghadap blog.huhuhu ^^ Tapiiii.....disebabkan lama dah tak tengok akaun Nuffnang,aku saje jugakla bukak internet bukak akaun Nuffnang.Tengok-tengok earning naik kot.huhuhu.Rezeki.Terima kasih buat semua yer ^^ Moga rezeki kalian jugak dimurahkan olehNya.Amin.

Pihak Nuffnang pon masih sudi memberikan CPUV baru untuk aku walaupun aku ni kejap-kejap hilang daripada dunia blog.Terima kasih pihak Nuffnang kerana masih memberi kepercayaan kepada blog aku yang comel ni :p CPUV terbaru yang menari-nari dalam blog aku ialah The Edge Malaysia.Boleh subscribe TheEdge dan berpeluang memenangi Samsung Note ataupun Ipad Mini! ^^ Nak tahu lebih lanjut bolehlah nanti klik-klik pada iklan yang akan keluar kat blog aku ni ea ^^




CPUV yang lain semua dah credited.Tinggal 3 je yang masih berjalan promosinya.Tapi yang lagi 2 tu iklan bulan Jun.Pelik jugak sebenarnya.huhuhu.Tak kisahla.Kalau nak running sampai bulan depan pon aku ok je ^^ Jom kita kumpul duit raya dengan Nuffnang jom! :p


Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera

Assalamualaikum...

Ni adalah entry copy paste.Memang aku suka la maknanya.Tak payah aku fikir idea nak tulis apa lagi.hihihi ^^ Jom la ramai-ramai penuhkan bloglist Mieya yer.Kekal sampai akhir tahun nanti. ^^


kali ini Mieya nak anjurkan segmen pencarian bloglist bagi menggantikan bloglist yang lama.

Tujuan utama Mieya mewujudkan bloglist baru ini sebagai peluang kepada blogger lain untuk berkenal-kenalan, mengeratkan ikatan silaturrahim, meningkatkan kadar trafik blog, dan memudahkan urusan Mieya untuk berblogwalking serta membalas komen di blog kalian.

Untuk pengetahuan, bloglist ini akan kekal dari bulan Julai sehingga lah ke bulan Disember 2013. Tempoh sepanjang lima bulan lebih. Lama tu!


Antara syarat-syarat penyertaan :
1. Anda mestilah merupakan Follower blog Mieya.
2. Buat satu entri bertajuk "Segmen Pencarian Bloglist Mieya Atiera"
3. Copy coding yang disediakan di bawah.
4. Klik iklan di blog Mieya sebagai dana tambahan nak buat giveaway nanti. (tiada paksaan)
5. Dah siap? Hantar link url korang di ruangan komen entri ini.

Jadi, meh lah join bloglist di blog Mieya. Tak rugi pon sebab Mieya akan pilih :

  • 10 blogger bertuah untuk menerima topup RM5. (pemilihan dibuat menggunakan khidmat random.org)

Tamat Penyertaan pada : 31 July 2013 (Jam 12 A.M.)

Kad Raya 1 diterima!

Assalamualaikum...


Bersiaran lagi untuk hari Selasa ^^ Selamat berpuasa semua.
Alhamdulillah.Aku dah dapat kad raya.Korang dah dapat lom?Macam la dah berpuluh dapat kad raya ye kan.hihihi.Kad raya pertama dan untuk setakat ni aku terima adalah daripada blogger Shida ^^ Terima kasih, Shida sudi memberikan kad raya untuk Ayut.Tahun lepas pon dapat jugak.Maknanya dah setahun rupanya aku kenal dengan Shida ni kan.Tanpa sedar,dah lama kita kenalkan Shida ^^


Tu kad raya daripada Shida.Pastinya biru jadi pilihan Shida sebab Shida memang hantu biru.hihihi :p Depan kad raya tu dapat pakej penanda buku.Haa..siap pakej.I like~ ^^ Apa pon,terima kasih buat Shida.



*Sempat ke nak pos kad raya lagi ni?*


Allah itu Satu

Assalamualaikum...


Kata-kata hikmah ni aku dapat daripada rancangan 30 Minit bersama Ustaz Don.Intonasi Ustaz Don bila mengeluarkan kata-kata ni memang perlahan je tapi pada aku,dia berjaya sampaikan nasihat itu dengan penuh hikmah ^^ Siapa selalu tengok rancangan 30 minit Ustaz Don ni?? ^^


"...Orang yang berpuasa itu memang dah melakukan sesuatu yang betul.Itu bagus!Tetapi,Allah yang sama juga telah menyuruh kita untuk solat dan Allah yang sama juga menyuruh kita menutup aurat.Berbuka puasa di awal waktu itu memang betul.Memang bagus.Itu sunnah yang Nabi lakukan.Tetapi Allah yang sama juga menyuruh kita solat di awal waktu.Nabi yang sama juga melakukan solat di awal waktu.Itu juga perlu diikut..."


Pengisian ni dikongsikan Ustaz Don waktu hari Rabu,17 Julai 2013.Masa dengar Ustaz Don berkongsi ilmu tu memang terdiam sebab apa yang diperkatakan itu benar.Bukan rekaan. ^^ Jom jadikan pegangan bersama ilmu yang dikongsikan.Muhasabah diri dan pertingkatkan perubahan dalam diri.Mudah-mudahan didikan di bulan Ramadhan ini akan menjadi kebiasaan di bulan-bulan seterusnya. ^^


Biskut berlapis Cream Cheese Badam

Assalamualaikum...


Kawan-kawan, aku ada resepi untuk buat pencuci mulut yang paling mudah!!! ^^
Serius aku dah lama sungguh tak mencuba masak memasak kat dapur.Sejak balik Johor ni aku memang ke dapur masak ala kadar je.Kira untung la kalau aku ada buat ayam lemak cili padi tu.Kalau tak,memang ikan goreng jela.hihihi ^^

Okla.Tak mahu membebel panjang,aku share la ea resepi untuk biskut Cream Cheese Badam aku ni.Gambar bawah ni barang-barang aku nak buat Biskut Cream Cheese Badam.Tapi patutnya kena ada Full Cream Milk.Aku boleh pulak terlupa beli.Start daripada tu,aku dah mula buat Biskut Cream Cheese Badam aku ni ala versi Ayut Sdn Bhd.hahahaha :p Sebenarnya biskut tu pon asalnya Hup Seng Cracker Delux.Aku cari-cari kat Pasaraya Wellward Parit Raja tu takde.Memang aku rembat biskut cracker yang aku suka tu jela.^^



Langkah-langkah membuat:

(A)
1. Pukul cream cheese sehingga kembang dengan hand mixer. *Hand mixer aku dah rosak pulak time tu sebenanarnya.Aku guna Blender ok!*
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat Marigold (kalau tak minat manis,tak payah letak banyak) *Aku masukkan siap-siap dalam blender sikit,lepas tu lagi sikit masuk bila dah kembang*
3. Masukkan sedikit susu full cream dan pukul semula hingga sebati. *Oleh kerana lupa beli,aku guna santan ok!Jangan banyak.1 sudu pon cukup dah sebab nak bagi lemak je*

(B)
1. Ambil biskut,celupkan ke dalam susu full cream dan susun dalam bekas. *Susu full cream takde aku celupkan dalam milo*
2. Siap susun satu lapis,letak bahan bancuhan (A) atas susunan biskut yang telah disusun.
3. Ulang langkah 1 dan 2.Sementara tu, bila dah sampai separuh lapisan,taburkan hirisan badam di atas bahan bancuhan (A) sebelum disusun semula biskut di atasnya.
4. Di akhir lapisan letakkan lebihan bahan bancuhan (A) kesemuanya. *Aku tak mahu ambil risiko takut muak,aku letak nipis je ^^ *
5. Masukkan dalam peti sejuk bila dah siap buat susunan pyramid korang ^^ 


Beginilah rupa bentuk Biskut berlapis Cream Cheese Badam.Aku dah banyak midified resepi ni sebab last minute baru perasan banyak benda takde dan ada yang aku saje nak tambah.Mungkin korang pon boleh rombak resepi ni ikut citarasa korang jugak ^^
Waktu sejuk memang sedap makan.Meletop lah!I like.Nanti nak buat lagi bila ada masa sebab sangat senang ^^

Puasa-puasa entry makan-makan la pulak.Sebenarnya nak share resepi untuk nanti bolehlah try buat berbuka puasa.Aku pon buat untuk makan lepas berbuka.Sedap!
Selamat Mencuba yer^^



Resepi asal: Nurul Yui. [Nak lebih faham bolehlah check it out there!]






GA Kisah Seorang Pengembara Jalanan

Assalamualaikum...


Petang-petang ni sebelum aku buat proses untuk masak berbuka puasa,aku nak join satu GA ni jugakla.Syarat ye simple tapi hadiah meletop.hihihi ^^ Tak caya?Meh aku bagitahu cikit di antara hadiahnya yang paling meletop TOP UP/CASH RM50.See? Ingat senang ke orang nak bagi RM50 senang-senang.hihihi ^^

GA ni dianjurkan oleh Blog Kisah Seorang Pengembara Jalanan owner yer menggelarkan diri sebaai D.Nasti.Nak tahu lebih lanjut hadiahnya boleh klik banner kat bawah ni yer.Nanti boleh terus ke blog beliau ^^


Penganjur mencari 100 peserta.Jom la kita memeriahkan GA ni.Ada rezeki boleh dapat free-free RM50.Sokong-menyokong antara blogger adalah digalakkan.Tak gitu?hihi ^^ Selamat berbuka puasa untuk hari ni.Esok lusa puasa lagi :p

Lama sungguhla tak join GA.Sape lagi ada buat GA ek?hihihi




MyB berbunyi-bunyi dan Kucing

Assalamualaikum...

4 Ramadhan 1423.Alhamdulillah.
Diam tak diam 4 hari dah berpuasa.Semua ok lagi ke?Semalam ramai cakap suasanan malamnya indah sangat.Banyak bintang.Aku pon tengokla.Memang cantik.Siapa ada tengok jugak?Kadang-kadang dengan tengok keindahan alam dapat memberi ketenangan kan. ^^

Tapi nak dijadikan cerita kan,ketenangannya minggu lepas amatlah tergugat.huhu.Ingat lagi pada MyB?Haritu aku dalam perjalanan balik rumah boleh pulak dia berbunyi-bunyi.Sebelum ni memang ada bunyi jugak tapi tak seteruk minggu lepas.Aku ni dah la perempuan,mau ye tak suspen kalau tengah-tengah bawak tu boleh dia bunyi-bunyi.Siap berhenti tepi jalan ok nak tengok apesal tayar aku ni berbunyi-bunyi.En B ye aku cakap MyB bunyi-bunyi tak nak caye.Asyik cakap, "...sebelum ni bawak takde pape pon..." 

Nak tahu kenapa MyB bunyi-bunyi?Sebab Break Pad kat tayar tu dah nipis.Kesimpulannya kena tukar dah break pad tu.memang la dulu En B bawak tak berbunyi dah masa tu tebal lagi.Kan?*Nyampah* huhuhu ^^ Macamana nak tahu waktu bila break pad dah kena tukar: Apabila dekat rim tayar tu dah ada habuk-habuk hitam.Serius masa haritu tukar aku lupa nak amik gambar.Patutla kalau aku basuh MyB tu esoknya tengok lepas bawak mesti ada hitam-hitam.Tension tau. -_-"

Ni la nama bendalah dipanggil Break Pad.Break pad ni masih baru dan tebal.Kalau break ni dah kena tukar bahagian kelabu tu akan menipis.Bila bergesel pasti akan ada bunyi.Itulah sebabnya.

Kat sini la tempatnya Break Pad tu.Memang sebijik la kat situ jugak tempat break pad aku.

Lepas tu kan....aku langgar kucing ok. -_-" Kucing tu boleh pulak terselit kat tayar.Perghhh.Aku punya kesian dan rasa bersalah masa tu jangan cerita la.Aku nak amik gambar pon tak samapi hati dah.Kesian giler ok!Tahu tak aku sampai tak boleh tido bila dah langgar kucing.Mengadu kat En B aku tu lagi la.Soalan macam polis,tapi last-last geram sebab aku asyik cakap je pasal kucing.huhuhu.Aku naik MyB jugak time langgar kucing tu.See?Berapa banyak kes aku dengan MyB dah.Baru sebulan ada dalam tangan aku,macam-macam pulak jadinya.huhuhu ^^ Ketenangan yang telah terganggu seketika dengan kejadian yang melibatkan MyB.Boleh tak nak salahkan kereta tu ek? ;p 

Apa pon kereta tu jugakla aku sayang.Banyak kenangan dengan kereta tu.hihihi ^^ Kalau perempuan bawak kereta mesti ada je kan jadinya.hahaha.Boleh gitu?Mulai sekarang kena la jugak amik tahu pasal komponen kereta ni.Takutla jadi lagi.Nanti menggelabah je lebih :p



Picture source : Google Image

Kenapa Biskut Ada Lubang-Lubang Kecil?

Assalamualaikum...


Setelah 1 hari setengah berpuasa baru sekarang muncul dengan entry terbaru.Salam Ramadhan buat semua umat Islam di dunia dan Selamat berbazar Ramadhan buat semua ^^ Okla.Sebenarnya nak cerita benda ni dari haritu lagi.Tapi tu la,tak berkesempatan.Nampak pasal benda ni pon masa terbaca post dekat Facebook.Terus dalam kepala,"Haahla....tak perasan.." :)

Mungkin dah ada yang tahu pasal ni,tapi aku nak tulis jugak kat sini.Alang-alang puasa ni kan.Cerita pon kuar pasal makan.Biskut kering pon jadilah yerk.Pastu sebelahnya letak kopi panas.Perghhh.Lapar semua nampak sedap kan :p Kebiasaan lubang-lubang kecik di biskut hanya lebih kepada biskut jenis cracker dan biskut tawar.Bentuk 4 segi lepas tu tak pon bulat.Aku panggil biskut cracker la.Mungkin ada panggil biskut tawar la kot ke ada yang panggil biskut kering??? :)

  
Hup Seng aku punya pilihan.Korang?

Tu dia lubang-lubang kat biskut :)

Tujuan kenapa ada lubang-lubang pada biskut tu adalah untuk menjaga tekstur dan bentuk fizikal biskut tu semasa membakar.Macam kalau kita buat biskut - biskut kat umah tu.Semasa pembakaran berlaku terdapat haba yang terkumpul dalam biskut tersebut hasil pengewapan air.Lubang-lubang kecil yang ada akan membantu melepaskan haba yang terperangkap dalam biskut keluar.Jadinya,tekstur biskut takkan pecah ataupun merekah. *Mungkin boleh bandingkan dengan chipsmore kot* ^^ Ini juga akan menjadikan biskut lebih ranggup :) 

Lepasni jomla kita bandingkan biskut yang takde lubang-lubang dengan yang ada lubang-lubang ea? :p Telan air liur cerita pasal ni.Padahal biskut kering je kot.hahahaha ^^ Kadang-kadang benda yang kita dah biasa nampak macam tak perasan pon kan?Lepas ni nak tengok apa pulka yer..mmmm..Idea-idea ^^


Picture credit: Google Search


Pertukaran Penampilan Blog

Assalamualaikum...


Penatttt!!!
Tu je aku boleh cakap kalau nak tukar-tukar benda yang ada kat blog ni.hahahaha ^^ Memang tak boleh nak jadi programmer la aku ni.Tengok coding sikit secoet tu pon dah penat.Lagilah yang panjang berjela tu.So,jangan offer aku jadi programmer yer kawan-kawan ^^

Haritu ada cakap kan aku punya side bar tu aku tertukar jadi transparent widget.Menggelabah aku dibuat yer.Memang tak nampak lah kan dengan background aku warna-warni lagi masa tu.Kononnya try la godek-godek nak jadikan semula wiget tepi tu semua tak transparent.Tapi sangat menduka citakan aku tak jumpa pon coding tu.mmm...Kesudahannya aku punya blog tukar background jela.Senang cerita aku nak buat. ^^


Side bar masih transparent tapi background yang tak warna-warni telah dapat men'cover' daripada tulisan tak nampak.Tapi lama-lama aku tengok cantik gak background warna tu.hihihi ^^ *Sedapkan hati* Mungkin siapa yang tahu dan kenala aku,aku ni peminat tegar hijau.Selalu blog mesti nak hijau-hijau.Takpelah.Kali ni ubah selera pulak.Kesian jugak kan kat kawan-kawan selalu sakit mata datang blog.hahahahaha ;p eh3x,tapi hijau tetap adalah.Tapi tak banyak.Jadilah buat pengubat rindu kat hijau kan. ^^

Setakat ni tu jela aku ubah.Tulisan post pon ubah sikitla.Tapi tulisan ni ok kan?Tulisan tak kecik kan kawan-kawan?Boleh nampak ea?hihihi :) Hope takla korang bosan datang blog aku ea.Nanti aku datang jenguk blog korang plak.Sikit-sikit dulu perubahannya.Mana tahu ada masa lagi aku godek-godek lagi.Jangan nanti benda lain pulak yang hilang dah la.huhuhu.Tak lama lagi nak puasa dah.Tak sabar nak puasa ^^



Luaskan Kuasamu...Johor

Assalamualaikum...


Siapa kaki bola mesti tahu tagline kat tajuk tu milik sape kan.Siapa lagi kalau tak bukan Johor Darul Ta'azim (JDT).Sejak aku balik Johor ni,aku lom terasa lagilah kelebihan berada di Johor. *Boleh gitu :p* Tapi aku masih tetap anak Johor ea.hahaha. ^^

Okla.Malam tadi berakhir sudah perlawanan bola sepak untuk pasukan JDT musim ni dalam Liga Super.Walaupun sokongan yang padu dari Boys of Straits (B.O.S) bergema tetap tak dapat membantu pasukan JDT meluaskan kuasa mereka.Perlawanan penentu tempat kedua dalam Liga Super malam tadi menentang pasukan Selangor akhirnya membawa keputusan seri 1-1 sampai tamat permainan.Gol sumbangan daripada Nunez masih belum cukup menaikkan semangat ahli pasukan JDT bertarung menambah mata pada malam tadi.Kuasa JDT juga tidak kesampaian la maknanya untuk memasuki AFC.Mungkin lain kali kan. ^^ Apa pon sokongan B.O.S tetap ada untuk JDT.Itu pasti.

Jom la kita dengar sikit lagu semangat B.O.S ni untuk pasukan Johor Darul Ta'azim.


Sokongan padu yang sentiasa bergema untuk pasukan JDT.Moga pasukan bola sepak JDT juga semangat yer seiring dengan semangat yang diberikan.barulah seimbang.hihihi ^^ Ni pandangan aku je yer.jangan simpan dalam hati pulak ayat aku ni.Aku ni bersuara sebagai seorang penyokong yang tengah kecewa gak la ni.Adat pertandingan.Usahalah lagi untuk LUASKAN KUASAMU JOHOR. ^^ 

B.O.S ni jugakla penghibur dan pemulih semangat kot kalau ada game pasukan JDT.B.O.S ni pon banyak lagu diaorang buat untuk game JDT.Diorang ni pon kadang-kadang turun sekitar Johor untuk training lagu-lagu diorang kat penyokong lain ^^ Semangat kan? Haritu baru je diorang ni turun Batu Pahat.Memang semangat.Terbaiklah B.O.S.






Side Bar Transparent???

Assalamualaikum...


Ni la masalah kalau tersalah tekan.haish...Dah side bar blog aku ni jadi transparent.Ada gaya kena buat rombakan blog ni nampaknya.Cubalah tengok side bar aku kat bawah  ni.Mana lah nampak kalau nak tengok yer.Transparent habis side bar yer.Hai la Ayut.Apala ko ni. =.="


Ok lah.Nampaknya kena stop kejap berblogwalking.Kenalah aku mengadap blog ni tengok apa la ak dah tekan ni tadi.Nak sruh orang buat macam tak terasa perlu lagi.Tapi mungkin kalau dah malas memang kena suruh orang buat jugak ni nampak gaya yer.Agak-agak kalau tak boleh masuk blog tu memang ada lah tu aku buat.huhuhu.Jom la kita belajar tengok coding yer.hahaha^^

Sebarkan Semangat Ramadhan bersama Coca-Cola dan Hot FM

Assalamualaikum...


Bertemu lagi di hujung minggu ^^ Semalam nak buat entry tak terkeluar.Harini baru terkeluar entry yer.Jenuh nak meletakkan diri depan komputer tapi tak tersampai-sampai.hahaha.Di kala hujung-hujung minggu ni saje la aku pergi tengok akaun Nuffnang.Ingat nak update jer.Tapi sekali tengok ada lagi CPUV yang bertaut kat blog aku ni.Alhamdulillah.


Iklan Coke Ramadhan.

Iklan mengenai memeriahkan Ramadhan bersama Coca Cola dan Hot FM.Iklan yang Coca Cola buat pon memang best kalau tengok video yer.Siap bukak coke boleh terbukak lampu.Memang caralah.hihihi.Nak tengok boleh je klik iklan Coke Ramadhan ni kalau dia keluar berlegar-legar kat blog ni yer.Hot FM juga terlibat dengan akan mengunjungi tempat-tempat yang terpilih untuk mengagihkan makanan berbuka puasa.Macamana nak daftar,boleh jugak klik kat iklan Coke Ramadhan ni dan nanti akan ada ruang untuk mengisi maklumat semua yer ^^ Marilah sama-sama memeriahkan Ramadhan yang bakal menjelma lagi beberapa hari je ni ^^ Mudah-mudahan Ramadhan yang bakal menjelma ini adalah Ramadhan yang memberi seribu pengajaran dan pengertian buat kehidupan kita.Amin.





Si Dia ada kawan baru!

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...bersiaran lagi aku ^^ 
Mengenang memori seketika,macam dah lama je hantar En B naik bas pergi ke KL tempohari.Di hitung-hitung balik En B dah nak dekat sebulan jugak kat Semporna,Sabah tu.Alhamdulillah setakat sekarang ni En B kat sana ok jela.Tu dari mulut dia la.Kebenarannya ok macamana tu dia jela yang tahu.En B selalu gak cerita mak dia selalu telefon tanya khabar.Kasih ibu dan anak kan.hehehe. So sweet ^^

Setakat nak dekat sebulan ni En B tak lagi kena naik kapal.Masih ada masa untuk En B telefon-telefon dan teman-meneman kan diri ini.Tak tahu sampai bila boleh macam tu tapi as long as dia ada masa untuk au,aku akan luangkan masa seadanya dengan En B.Yela,nanti kalau dah naik kapal memang terus takde line la kan ^^

Nak tahu...En B dah ada pengganti MyB ok!hahahaha.En B dah ada motor.Untungla...hahaha ^^


Tu la motor baru dia (takla baru sangat pon :p).Nampak tak motor En B kita tu warnanya hitam jugak?mmmm...Tu la dia.Hitam tak sudah-sudah.Dia cakap hitam smart.Smart la sangat :p Alhamdulillah.Ada la sudah pengangkutan untuk memudahkan pergerakan En B tu ke sana ke mari.Kalau tak,setiap hari jugakla dengar dia cakap,'....jalan kaki ok kat sini...' Pastu kalau aku saje nak mendengki dia,aku balas je  '....wahhh...makin sihatla nanti duduk kat sana...' hahahaha ^^ 

Jagalah diri kat sana yer En B sayang.huhuhu.Doakan selalu hubungan kita akan sentiasa terpelihara yer. ^^ Bulan 12 tak lama dah.Nanti balik ea.Kita tunggu kat lapangan terbang tau.Pastu lagi 2 minggu kita nikah ea.hihihi.Gatal sudah.Adehhhh... ^^ Kawean-kawan doakan untuk kami yer.Mudah-mudahan segala doa kalian juga berbalik yang baik juga untuk kalian.Amin ^^




WW#64: Suasana Kampung..Tenang OK!

Assalamualaikum...


 




Julai Menjelma...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...masih ada lagi kesempatan menghadapi bulan Julai.Diberikan juga kesempatan Insya Allah menyambut Ramadhan pada bulan Julai ni jugak.Insya Allah berbaki 10 hari lagi untuk Ramadhan menjelma.Mudahan-mudahan kita semua diberi kesempatan untuk melaksanakan kewajiban berpuasa bersama yer ^^

Bulan baru dah menjelma.Tengok perkembangan blog bulan lepas buat 15 post sahaja.Merudum jatuh dari sebelum-sebelum yer.Agak sedih kat situ.mmmm.Ntah bilalah nak meningkat semula aktiviti berblog ni yer.Takpelah,kerja kurang mengizinkan untuk diri ini menjadi terlalu aktif.Sampai masa mesti boleh aktif balik :) Tapi,dalam hanya 15 post,alhamdulillah masih berpeluang diberi iklan oleh pihak pengiklan mempromosikan iklan mereka.Terima kasih kepada Nuffnang sebab menawarkan blog diriku ini kepada pengiklan ^^ Setakat sampai bulan Jun 2013 lepas,ada 16 CPUV yang pernah bertandang.Terima kasih semua.


Julai menjelma.Maknanya dah 2 bulan aku menetap kat Batu Pahat.Bulan pertama memang tak dinafikan aku mengalami kejutan budaya gak la.Yela,sebelum ni selalu duduk luar dari kampung a.k.a bandar l;a sangat kan.suasana ye berbeza.Sangat-sangat tak sama.Selamat yang sama ye malam aku memang tak kuar kalau dengan kawan-kawan baru kenal ni.Jadinya selamat lagila.Cuma kalau bangun tido jela aku akan berfikir dulu,'aku kat mana ek ni?' ^^ Masuk bulan kedua dah mula boleh adapt dengan semua keadaan.

Kerja...as long as aku buat keje yang betul aku buat jela.Aku kalau fikir pasal kerja tekanan jugak sebab bila berkaitan dengan khidmat pelanggan ni macam-macam benda setiap hari akan dihadapi.Belum lagi dengan kerenah pekerja yang ala-ala senior kan.hihihi.Tapi memang diorang senior la daripada aku yang sebulan jagung ni.Takpela.Buat jela keje tu kan.Selagi korang buat keje betul aku tak kacau korang yer ^^

Pasal peribadi semua ok.Alhamdulillah.Walaupun dekat sebulan berjauhan yang memang berjauhan,aku selalu rasa dekat.Ada masa akan digunakan sebaiknya untuk diri masing-masing berkongsi masalah dan cerita.Pasal persiapan kahwin pon sama-sama berkongsi kalau ada masa.Kesempatan yang tak banyak tu la kena guna sebaiknya.Kalau nak carik salah memang boleh je cuma malas nak fikir yang buruk-buruk.Lebih baik happy-happy je kalau nak berborak.Bukan setiap masa masing-masing ada masa untuk bersama ^^

Mudah-mudahan segalanya berjalan baik untuk hari-hari seterusnya.Amin.Insya Allah.Moga hari-hari kalian juga bertambah baik daripada hari-hari sebelumnya.Melangkah dengan semangat dan senyuman yer kawan-kawan ^^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...