-Kawan Aku-

Hilang rindu kat dia (2)!

Assalamualaikum...


Memula dulu pasal rindu-rindu ni adalah pasal Mereka Berdua ni.
Lepas tu baru-baru ni dah dapat jumpa Sorang,hilanglah rindu yer.
Kali ni jumpa lagi sorang,hilang dah rindu yer.
Tu jadi tajuk siap letak (2) kat hujung tu.hihihi.

Siapa lagi sorang tu....?



Tu la dia Adam Fahim!

Makin bulat pastu makin putih sekarang ni.Sekarang 7 bulan kot ke bawah lagi.Tak ingat sudah.Dia baru pandai meniarap.Keje dia tu je sekarang.Yang lain belum pandai lagi.Sengih-sengih je kalau main gan dia.Lepas tu kalau nak dengar si Adam ni memang kena tunggu dia nangis.baru boleh dengar.hahaha.Bagus kan?

Adam ni kat kampung.Sekarang tengah cuti dapatlah balik kampung jumpa Adam.
Hilang dah rindu gan budak comel 2 orang.
^___^



p/s:autopublish...harini pulang ke KL sudah.



Filem: Aku,Dia dan Tong Sampah

Assalamualaikum...



Pelakon
Beto again!
Siti Saleha dan Razif.

Cerita ni dah lama sebenarnya.Aku rasa pernah terbaca kat blog,tapi tak ingat blog sape.Then baru-baru ni sewaktu dengan Filem Istanbul Aku Datang,baru dapat tengok cerita ni.Jalan cerita yang mudah dan tak berat.Kisah percintaan muda-mudi dan tak banyak konflik.Enjoy la mudahnya nak cakap kalau tengok.


"Jumpa tepi tongsampah kerana nak buang kisah cinta lalu,akhirnya terbit satu cerita cinta baru tanpa disedari"


Tong sampah yang menjadi simbolik.
ada jugak ceirta gini.hahaha.
Selamat menonton cerita lama!
^___^



p/s: Autopublish


 


Siapa saya tahun 2020??

Assalamualaikum...


Petang ni memang takde keje yer.Lebih-lebih lagi waktu cuti.Tapi nak Blogwalking lambat cikit.hihihi.Lambat-lambat pon aku sampai jugak tau kepada sesiapa yang meninggalkan jejak.Jangan risau yer.

Petang tadi tengah jejalan tempat aisya terjumpa aplikasi ni.Aisya buat macam best.Aku pon tertarik nak mencuba.Aplikasi tekan-takan jer.Pastu berdasarkan jawapan kita klik tu nanti dia bagila keputusan sape kita tahun 2020 nanti.Mencuba untuk suka-suka tau.Jom tengok hasil yang aku dapat berdasarkan jawapan aku bagi dengan setiap soalan.


Aku tengok gambar dah macam nenek yang berjaya dah.hahaha.
Tengok pon kelakar jer.Siap cakap macam modern MacGyver tu ha.hihihi


Sesiapa nak mencuba bolehla ke link bawah ni

Nanti tengok apa keputusan ye!
^____^


Kucing dan Dip Flower

Assalamualaikum...


Semalam cakap nak mandikan 2 ekor kucing tu kan.Mandi dah 2 ekor tu dengan selamatnya.Selamat la tak mengganas benor waktu mandikan tadi.Kalau tak mahunya tanganku ini penuh dengan kesan cakar.huhuhu.Selamat la panas berterusan.Cepatla jugak keringnya.Lepas tu siap ada mak angkat tolong jilat.Bagus sangat.hahaha.

Mandi dah kami!


Harini aku penuh tenang duk tengok Facebook.Setiap benda aku tengok kot sampai la ke tempat kawan aku ni dia buat dip flower.Korang pernah dengar dip flower??Aku setiap kali pergi Jalan TAR kedai Syarikat Bunga Reben tu aku mesti telek dip flower ni.Tengah famous amous kot sekarang benda ni.Boleh tahan jugak la mahal bunga dip flower ni.

Penuh excited aku pergi google macamane nak DIY dip flower ni.Carik punya carik jumpa dan baru tahu ada pelbagai benda yang digunakan untuk buat bunga ni.Siap cecair bagai.Aku pon macam terpesona ok sebab jakun baru tahu benda ni.hahaha.So nice!!Aku dapat bayangkan tangan orang yang buat dip flower ni mesti tangan lembut + kreatif.Penuh ketelitian kot nak membuat.Niat hati macam nak mencuba buat.Gatal tangan dah ni.huhuhu.Korang tahu tak dip flower ni??Aku google satu gambar tepek sini la ea buat rujukan.hihihi

Suka dengan bunga tangan ni....nak buat!!nak 10000x!!!!!


Hope berjayalah nanti nak mencuba benda alah ni.hihihi
Jom DIY!




Di saat Kehilangan...

Assalamualaikum...

Tiga hari aku tak melawat blog aku sendiri apa ntah lagi melawat blog kawan-kawan.Hari ni online tetibe dah ada kat kampung halaman.Home sweet home!hihihi.Sebenarnya cuti terus start Cuti Krismas aritu.Tapi semalam aku sibuk dengan PTPTN.Semua tahu kan apa tu PTPTN?

Sepanjang 2012 ni PTPTN banyak bercerita pasal Ujrah.Pernah dengar?Pertukaran daripada 3% (interest) kepada 1% dan perjanjian Ujrah ini adalah perjanjian yang jelas.Apa yang jelas?Jelas ye upah yang kena bayar tertulis dalam perjanjian.Ni yang aku paham berdasarkan perjanjian la yer.Tiap bulan pon korang akan bayar kurang sedikit daripada perjanjian asal.Bayar konsisten yer.Takla akan ada sebarang masalah.Ingat yer,masa pinjam kita senang,sekarang masa untuk kita bayar balik pinjaman.Lepas 3 bulan kalau tak seperti yang dalam perjanjian aku akan isukan semula ea.huhuhu.Apa yang pasti aku tak buat potongan gaji.Sebab ada dengar gak kekurangan kalau bayar dengan potong gaji ni.Aku akan bayar secara by hand.Haaaa...kelebihan bila duduk KL.Senang nak membayar ^^

Selesai urusan PTPTN aku.

Aku balik kampung la..kan cuti.Yeayyy!!hahaha.Alhamdulillah aku sampai dekat kampung dengan selamat petang tadi.Petang sampai-sampai je dapat jumpe anak angkat baru!


2 ekor sekali!Comel yela korang ni kan.hahaha
Dua-dua belum ada nama.Esok kalau panas memang nahas 2 ekor ni kena mandi gan aku.hahaha.
Bila di kampung.Refreshing!



Jom lawat kawan-kawan!
^___^



till then.
ayut

Teaser Cerita Weekend

Assalamualaikum...

Hahahaha..tajuk itu sangat melampau.Sebenarnya weekend lepas ni banyak gak aktiviti aku buat.Nak cerita tak sempat.Bagi gambar jela yer.Gambar pon tak banyak.Siapa ada FB aku mungkin nampak dah kot gambar yang ada ni.Takpela ea.Cite akan datang.Tu pon kalau kuarlah cite ye.Makin nak akhir tahun,keje makin serabut pulak.huhuhu.

Ringkasan cite dalam gambar.

En B turun KL!
Ni la budak ye yang buat tido tak lena,makan tak kenyang hari-hari.oppss!
akhirnya jumpa lagi.

Makan pizza sampai tido!
Memang melampau kalau makan.Selamat bagi yang dah abis.Kalau bagi yang tersedia ada nanti yang terus nak pergi Pizza kang.hahaha ^^


Attended last Roomate 3 tahun punya Majlis Kahwin-Kak Wa!
(ayat apa aku buat ni)

Ni tiga agenda utama yang melengkapi hujung minggu aku haritu.Dah kepenatan,ahad malam tido tak sedar diri but HAPPY!!
Esok cuti la...Nak cite cane ni??
^__^





Till then.
ayut

25 Random Facts about me

Assalamualaikum...


Sebenarnya kena tag.2 orang sekali tag untuk benda yang sama.Tengok-tengok menarik.Tak pasal-pasal korang boleh tahu fakta kawan kepada kawan kepada kawan kepada kawan dan kepada kawan.hahaha.Maknanya kawan alam maya la ye.

"Once you have been tagged, you are suppose to write a note, with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated."

Ayat atas tu aku copy dari 2 orang yang tagged aku,Wawa dan Lissa.Thanks dear sebab tag Ayut!Boleh tak,tak mau tag orang lain tapi nak bagitau je apa yang diminta.huhuhu.Ok je kan?Sebab carik penganjur yer tak jumpe.So,tak tahula apa syarat yer.Tag 2 orang yang tagged aku jela yer.hihihi.


Dengan Bismillah....

1) Sensitif bila sebut pasal Family especially about mother and father.Air mata kuar terus.
2) Tak pandai buat keputusan.Kena ada sorang membantu make up the decision
3) Tinggi: 155 cm
4) Berat: 47kg
5) Rabun : 275 dua-dua belah mata
6) Anak last daripada 8 adik beradik
7) Ketawa kuat
8) Tak makan terung
9) Dah bertunang dan bakal berkahwin 2013.Doakan yer ^^
10) Pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaysia Pahang in Chemical Engineering
11) Asal daripada Johor dan budak Kampung Parit Sonto (i am Budak Kampung!hihi)
12) Anak Orang Jawa tapi tak pandai cakap.Paham je orang cakap Jawa
13) Tak pandai beli barang mahal
14) Suka tengok high heels tapi tak pandai pakai
15) Nak pergi Haji gan suami kelak (amiiinn)
16) Suka berlawan mulut tentang sesuatu isu dengan orang yang rapat tapi tak sampai gaduh pon
17) Makan kena ada kuah.Kalau takde kuah makan jugak tapi lambat.huhu
18) Kurang makan kari dan telur
19) Suka masak bila ada mood
20) Suka baca tentang motivasi
21) Tak suka pakai cantik-cantik kalau kuar.Sebab nanti kena cover ayu.hahahaha.I am simple person
22) Tak suka kalau tepon ada kredit.Nanti semua orang nak ditepon.
23) Nak beli rumah yang ada tanah sebab nak berkebun
24) Cakap lepas.Tapi cakap aku,cakap situ abis situ.Bagus kalau kawan gan aku ni.hahahaha.ok melampau nak puji diri sendiri pon!
25) Mudah memaafkan.



Cukup 25 Fakta.
Dulu ada gak post pasal Aku kan.Lebih kurang je.
Tapi,manusia mampu berubah mengikut keadaan dan pengalaman hidup kan?25 atas ni adalah aku sekarang.Mungkin 1 hari akan berubah,sape tahu.Just yang baik tu kekalkan.Yang buruk tu perbaiki la ye.

^__^






Wang Hantaran Perkahwinan

Assalamualaikum...



Tarikh: Bulan 10
Lokasi: Surrounding family


Memang hantaran menjadi isu.Target aku memang ++k.Not more than that(ada target beb..tak boleh blah ko ayut!).Means kalau aku buat majlis suasana ye pon memang setakat ++k ke bawah la.Aku bagitahu pasangan.En B cakap ok takde masalah.That is goods then.Cakap to my family mengenai hantaran tak payah mention dalam majlis nanti.Its between us.But orang tua punya kerenah....kena bagitahu.Bagi jelas.mmm..ok.At the last minute got perubahan between us.Everyone asking 'why u put it lower more?' Bahasa jawa la sangat aku ni kan.Dah cakap 'Its between us'.

(perbincangan mengenai majlis dengan keluarga tetap perlu ye untuk mereka tahu tahap kewangan korang)


Wang hantaran kan hadiah daripada bakal suami.Jangan membebankan bakal suami di awal mencari keberkatan Allah.Nanti korang jugak tak kawin sebab pening bakal suami nak carik duit.Kalau dia bagi lebih masa majlis tu pon antara korang berdua je tahu.Orang lain bukan tahu pon.Yang penting majlis selamat.Semua jemputan dapat makan.Agaknya kalau aku cakap  satu ratus ribu pon boleh.Orang lain bukan tahu nanti En B nak bagi berapa.hahahaha.


Untuk bakal suami tu yang bergelar lelaki diluar sana,kumpul jela duit banyak-banyak.Jangan malas dan tahu nak senang.Cakap kat bakal isteri buat simple-simple je.Hello....if u care about your future wife feeling,you will not do that ok.Please.Untuk bakal isteri,kalau terasa nak majlis yang menepati impian korang belajarlah menyimpan.Ingat,perkahwinan bukan membebankan.



Till then.
ayut






Hadiah Saguhati...

Assalamualaikum...




Atas tu hadiah pemberian dari Yui
Dapat sempena join GA Nurul Yui 2012.
Hasil kekretifan (ada ke ayat ni??) yang di buat Yui
Ni semua barangan craft yang Yui ada jual di
Nurul Yui Collection.

Thanks dear!
Dapat lama dah..tapi entry baru kuar.Production yang lambat.hahaha
Yang pinky tu pon terletak kat tepon dah pon.
^____^



p/s: autopublish ye!

Hilang Rindu kat Dia

Assalamualaikum...


Petang sampai lepas tu ke pasar.Tengok budak Aiman ni nak minum air tebu.Mintak kat ibu (kakak aku) dia.Sesuka hati dia jer.


Yeay!!Dapat minum nak la dia tengok kamera jap.Hai,auntie semua.Hai uncle..!


Aku sibuk make up dia datang.Tu dia nak jugak memegang.Yela.Amikla.Time ni dia nak pelembap Garnier,nak la dia sayang-sayang kejap.Pandai ea.


Ni sibuk nak tengok hujan.Tetap tak nak tengok kamera.Grrrrr..!


Ni bukan nak ikut balik tapi nak main hujan.hahaha.Tu tak nak tengok kamera.Pandai ea.


Perjalanan nak ke rumah kakak ni makan masa setengah jam je naik Express Rail Link (ERL).Senang cita tren nak ke KLIA tu.Tambang ERL boleh tengok kat bawah ni.



Aku memang dari KL sentral.Kadang-kadang aku turun KLIA terus (tambang macam nak balik Johor!).Kadang-kadang turun Salak tinggi.Paham-paham jela tambang dia.huhuhu.Tapi condition dia nice.Sesuai la dengan tambang dikenakan.
Nanti jumpa lagi ea Muhammad Aiman.
^___^







Istanbul Aku Datang

Assalamualaikum...


Filem yang mendapat sambutan hangat sepanjang berada di pawagam kan?
Aku tak tengok kat wayang pon sebenarnya.Nak pergi je mesti tak jadi pergi.hihihi.Ni aku tengok sebab Mawar download.Ada dalam laptop aku tu.Waktu birthday aritu Mawar amik.Aku pon apa lagi terus tengok.Sekarang,aku dah tengok 2 kali.Padahal baru seminggu je dalam laptop tu.Hebat jugak penangan cite Istanbul Aku Datang ni.hahahaha.


Pelakon Utama: Lisa Surihani,Beto Khusairy dan Tomok.

Point paling aku suka dalam cite ni

1. Lisa dan Blog
2. Lisa dan kasut high heel
3. Lisa,Beto dan kucing
4. Lisa menangis
5. Lisa,Beto dan Maggi Asam Laksa

5 part atas ni paling best pada aku dalam Filem Istanbul Aku Datang ni.Part lawak tu memang lawak abis.Tergelak-gelak aku tengok.Lapar,pastu gaduh pasal Maggi la.Takut kucing sampai memanjat-manjatla.hahaha.Pastu yang sedih walaupun satu scene je pada aku memang berkesan.Terharu kot dengan keprihatinan yang ditunjuk.Orang kecewa memangla tak mampu nak buat apa-apa untuk seketika kan.huhuhu.Patutla filem Istanbul Aku Datang ni orang cakap best sebab memang best.Korang tengokla jugak.Mesti korang suka.Filem yang ringan je penyampaiannya.Korang takkan terasa berat kepala punya.Pasti.


Sinopsis aku:
Lisa membawa watak sebagai Dian yang mempunyai impian untuk bersama kekasih hati,Azad lakonan Tomok.Terdapat beberapa rintangan yang akhirnya menyebabkan Dian terpaksa menyewa bersama Haris lakonan Beto secara tidak sengaja tanpa pengetahuan Azad.Namun akhirnya rahsia ersebut diketahui Azad menyebabkan telah berlakunya konflik antara mereka.Apakah kesudahannya?Kena tengok.Apa yang pasti,mestilah Happy Ending!!



p/s:Benci-benci,lama-lama jadi sayang ^^



Statistik Yang Panas

Assalamualaikum...


Minggu lepas memang statistik blog aku meningkat secara tetibe.Pelik sungguh sebenarnya.Aku godek-godek la blog ni apa yang orang dok carik sebenarnya.Puas telek jumpa la keywords yang dicarik-carik.

Cerita pasal Maria Elena kahwin.



Kat sini memang terserlahlah fenomena menjadi seorang blogger/vlogger ala-ala retis memang menjadi perhatian ramai.Tengok Maria berapa ramai amek tahu pasal ko kahwin.huhuhu.Maria Elena adalah blogger pada asalnya dan dia sangat rajin merakam video dan dimuatkan dalam Youtube dan blog dia.Akhirnya muncullah perkataan Vlogger.Dia juga adalah seorang Engineer kini dan mempunyai kelulusan Ijazah daripada Universiti Teknoligi Petronas (UTP).Itulah Maria Elena.

Maria Elena kahwin dengan Dato' (panggilan yang Maria letak untuk suami dia) pertengahan bulan 12 lepas memang terus jadi hits bagi kalangan blogger yang mengenali beliau.Nice.
Apa pon Alhamdulillah,setel majlis dia.Semoga berbahagia buat mereka.
^____^





26th Birthday Giveaway by ShidaR

Assalamualaikum...




Dengan menggunakan segala kekreatifan yang ada.
Untuk SHIDA!



Ya..itu dia hasil contengan di atas kertas dengan penuh ilham daripada Blog Shida.
Apa  pon untuk Shida,semoga terus berjaya dunia dan akhirat.
Walaupun birthday bulan Januari,ni hadiah awal la ye untuk kamu.
Birthday wish bulan 1 kat FB ea.
^___^







KFC Zinger Burgerku

Assalamualaikum...


Sewaktu kejadian tu sebenarnya tengah public holiday untuk Selangor.Aku berjalan gan Mawar ke Jalan TAR,KL.Masa tu memang takde tempat lain dah nak pergi makan yer.Singgahlah KFC Jalan TAR.Nak kata pagi,tak la pagi kan kalau dah pukul 11.Orang pon baru nak ramai time tu.KL memang harinya start lambat.Pagi tu kalau datang Jalan TAR memang lenggang je jalan.Time kitorang duduk dalam KFC lama sikit baru orang mulai ramai kat situ.

Dah order duduk bukak la apa yang di order.
Zinger burger set aku order.


Bawah ni set Mawar.
Toasted set.


Kitorang saje ukur.hihi


Kecewa cikit la dengan condition Zinger Burger aku tu.Alahai salad.hohoho.Baik-baik nak makan terbantut kejap sebab kena tepikan dulu salad yang layu tu.Roti atas tu pon aku tak makan sebenarnya.Makan ayam gan roti bawah tu jela.Tu pon aku tak abis makan.Bungkus then balik.Setel..!Papan iklan KFC tu mention ayam je kan..Means KFC hanya hantar ayam segar kot.huhuhu.Mungkinlah......



Mengapakah begitu?!hmmmm...



Wordless Wednesday (34) !!KFC Zinger Burger!!

Assalamaualaikum...







Tarikh: 11 Disember 2012
Tempat: KFC Jalan TAR
Masa: 11 pagi
-____-"

Engkau!

Assalamualaikum...


Tarikh: 18 Disember 2012
Tempat: Bilik Sewa,Sekyen 17
Masa: 8.50 malam

Saat ni aku mengigil.Yes!Mengigil satu badan.Menahan dari segala perasan.Damned it!
Kadang-kadang aku tersenyum sendirian bila terkenangkan diri ko.Kadang-kadang aku pelik dengan ko.Apa yang tak kena dengan ko sebenarya?Aku taye member ko yang tahu cite dari A to Z cakap pon dah tak paham apa masalah sebenarnya.Memang menyusahkan bila kenal gan ko.Call tak angkat,massage nak gaduh.Period ke hape??!Annoying and soooo disturbing in mylife.
Start this time,no more.Full stop.

As like what you write in your massage
‘....pedulila ko nak kata aku demand ke degil ke....’

Macam tu jugakla aku walaupun sebenarnya aku bukan orang begitu.Selamat aku ni jenis tak makan dalam.Makan luar je.Nasib baik dan Memang naib baik sangat.One more thing,kalau la ko baca kan apa aku tulis ni.Aku tak suke la berpura-pura.Tak puas hati sangat dengan aku,FINE.Aku undur diri dengan permainan ko.Now,TEPUK TANGAN untuk diri ko ea.DONE. Jangan tanya nape aku hanya mesej ko je lepas ni.Tak kira la mesej 2 hari sebelum kejadian or selepas kejadian.Pegi jalanlah dengan 7 keturunan ko nak ingat.Sebab ko not special anymore.Useless buat baik dengan ko.

Terserempak tak payah senyum pon ok jugak.Nasihat aku untuk ko,jangan libatkan orang lain antara aku dengan ko.Orang rapat antara kita jangan sampai jadi mangsa.Please la OPEN MINDED beb..!


Moral story:
Bila orang dah tak sudi,baik undur diri.Undur bukan mengalah tapi biarlah...orang tak dengar kata jangan dilayan kan.Macam %#%$@#

-out-


p/s: copy paste...buat kenangan dan ingatan akan datang yang aku pernah jumpe orang macam ni dan hari ni la aku rasa memang useless kenal ko.




Wordless Wednesday (33) !!Dulu berdua,sekarang Bertiga!!

Assalamualaikum...



Oopet,Bebear gan Bear
^____^

Wordless Wednesday (32) !!Nasi Beriani Udang!!

Assalamualaikum...





Tarikh: Bulan November
Tempat: Bilik sewa Seksyen 17
Setel!
^___^


Kursus Kahwin Di Pertama Kompleks

Assalamualaikum...


Tarikh: 8-9 Disember 2012
Tempat: Pusat Kursus Perkahwinan Ibukota (Pertama Kompleks)

Setel basic keperluan untuk kahwin.Eh?!

Aku dah duduk KL-Selangor dalam setahun setengah.Pertama Kompleks pon aku tak tahu kat mane.Sedih! -_-" Kepada sesiapa yang mencari tempat kursus kahwin pastu baliknya nak berjimba bolehlah ke sini.Dekat dengan Stesen LRT Bandaraya. Jadi pergi kursus boleh naik Public TransportBangunan Pertama Kompleks tu belakang Sogo berdekatan dengan Jalan TAR(dekat jugakla). Batch aku paling last yang kemungkinan kursus hanya 2 hari.Lepas ni mungkin ada rombakan berdasarkan apa yang tempat kursus tu bagitahu.Harap Maklum.

Hasil kreatifnya tangan aku buatkan peta.Engineer la sangat ko kan ayut~!



Lupa nama En. Baju Putih tu.Dia la yang bagitahu akan ada perubahan.
Lokasi: Lot 39, Tingkat 3 Pertama Kompleks.
Bayaran: RM80.00
Masa: Sabtu (2.30-6.30 petang)
Ahad (8.30 pagi - 6.30 petang)

Korang naik je eskelator/tangga sampai tingkat 3 jumpa la nanti.Jenuh gak aku berpusing. -_-"
Hari Ahad kena masuk lalu parking yer.Aku dah la sorang-sorang,1st time sampai Pertama Kompleks ni, berpusing la jugak 2-2 hari tu.Hari Sabtu pusing-pusing carik Pusat Kursus Kahwin ni.Ahad aku pusing-pusing carik mana la tempat parking gan lift ni.haish~!
Lom jadi isteri Navy lagi ni.hohoho.Sape suruh pilih En B,ayut oiii..
Ni luahan je..Tak menyesal..ngeh3x~! 


Makan ok!Kenyang je dengan apa yang disediakan.

lunch!

Penuh pinggan aku masa lunch tu sebab aku nak menghabiskan masa yang ada.Nasihat aku,janganla pergi kursus sorang-sorang.Awkward!Seriously!Ramai je yang pergi kat situ.Tapi still take time kan nak make bonding with someone.So,dont take the risk!Belum lagi yang pergi dengan kekasih hati pujaan Malaya semua.adeeehhhh~!Sijil siap dalam masa 3 hari.Aku tak amik lagi sebab nak amik this weekend dengan En B.Haaaaaaa..kan cakap dah tadi tak menyesal...hahahaha.Watever ayut~!





^_____^
-ayut-










Maria Elena Kahwin Sudah dengan Dato'!!

Assalamualaikum...


Tajuk macam pernah jumpa je si MARIA ELENA ni kan. -_-"
But aku memang excited dia kahwin.Memang dengar la dia nak kahwin bulan 12, sekali waktu birthday da..hahaha.


Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
Ertinya:
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]

amiiin.
Jom layan gambar!!
 
 
 
 
 
 
-resepsi-


-lepas nikah-
 
 
Gambar semua ni yang under control sebab jarang namapak control-control ni kan.
Amik pon dari page Maria dan OP mereka.
Kalau nak yang tak control boleh pergi ke
sangat banyak gambar mereka!
like!
 
Alhamdulillah.
Selamat mereka berdua.
Selamat melayari bahtera Rumahtangga!
^___^
 
 
 
 
 

Banner Doodle's Giveaway by n.i.e.y.x.z.h.a ™

Assalamualaikum...


Pagi-pagi Isnin join GA dulu lah.hihihi.
Mencari mood selepas berhujung minggu.
Dapat jumpa GA ni daripada Farisha bakal pengantin ni.hihihi.
Akak Nieza ni pon ada ajak join.
Banner pon cute je kan.Boolat-boolat.hahaha.Jom join!


Tarikh tutup:
31 Disember 2012

Siapa nak dapat doodle bertuah boleh singgah

Nanti Rania yang pilih pemenang.
Siapa Rania?
Boleh singgah kalau nak tahu
^___^




Alhamdulillah...

Assalamualaikum...


Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
 
Syukur di atas peluang dan nikmat nyawa masih dianugerahkan buat diri ini.
Semoga peluang diberikan ini dpaat digunakan sebaik mungkin.
In shaa Allah.
 
 
Buat Ruha, thanks Dear wish yang awal tu.hihihi.Sangat alert la kamu ni.
Malam tadi ada orang istimewa nyanyi lagu.hihihi.Mekaseh sayangku,Mohamad Hafizal.
Malam tadi jugak dapat coklat.hihihi.Sangat terharu.Walaupun hari-hari dah ngadap muka,hari-hari tido sama toto.Thanks sesangat untuk sahabat susah senang aku,Mawar.Suka bagi tengok video kucing comel nyanyi birthday tu.Terima kasih sesangat.
 
 
Moga sama-sama mendapat keberkatan dan kebahagian yang diimpikan.
Amiiiiinn..
 
^____^
 
 
 
p/s: Ni belum bukak FB lagi ni.Dahulukan ucapan terima kasih ye!



 

Doa buat Sahabat yang telah berkahwin

Assalamualaikum...


Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fii khoir.
Ertinya:
[Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan]
amiiin.

*dalam kursus kahwin (??entry lain yer) ada bagitahu patutnya salam pengantin baca doa atas ni.Kalau anda jauh pon sama,doakanlah rakan-rakan anda begini.Masa majlis tu kalau nak pasang lagu Maher Zain banyak kali pon takpe.Sebab ni adalah doa.Doa buat Pengantin Baru*


Buat Sahabat sekelas di Universiti


Kojek & Pasangan,Hajar
Ni amik dari FB.OP Sempoi Art Syndicate.



Ariff & Pasangan,Nisa.
Gambar amik dari FB Nisa.hihi

Buat Blogger

Kak Saila & Pasangan,Mr Gaban
*follow kot cerita si akak Saila ni.hihi*
Pinjam Header ye kak!


Ntah kenapa tetiba nak buat entry ni.Jangan tanya kenapa.
Rasa happy untuk mereka semua di atas!
Selesai dah semua.
Alhamdulillah.
Ni cerita yang aku follow means terasa dekat di hati (wah gitu) tu aku tepek sini tu.
Dari jauh ku kirimkan doa buat kalian.
^_____^





Perkahwinan dalam Islam

Assalamualaikum...




 Bila tengok konsep dan hikmah berkahwin, besar maknanya.
Islam memahami fitrah manusia.
Islam mahu menjaga & memelihara seseorang manusia itu.
Islam bukan menyusahkan.
tapi
Islam jualah yang memudahkan.


Mahukan belaian & kasih sayang?
Islam mengajar - Berkahwinlah

Mahu belajar erti tanggungjawab?
Islam mengajar - Berkahwinlah

Mahu belajar fitrah kehidupan?
Islam mengajar -  Berkahwinlah



Dalam Islam
Perkahwinan bukan hanya menghadapi keindahan semata
tapi
Perkahwinanlah mengajar erti kehidupan
Kehidupan 2 insan
Kehidupan 2 keluarga
Kehidupan 1 masyarakat.






AFF Cup 2012: Bukan Rezeki Harimau Malaya

Assalamualaikum...


Ada sesiapa menonton perlawanan bola malam tadi?
Masih kecewa?Masih membara segala perasaan?
Aku tak tengok sebab TV kat umah takde dan aku tak ke mana-mana nak tengok walaupun ada plan nak ke mamak.Tapi tak jadi last minute.Takpela.
Aku sekadar mendengar.Dengar abang umah depan tu yang sokong Thailand *tak patriotik sungguh* gan dengar radio.

Harimau Malaya menentang Gajah Putih.
Keputusan Perlawanan Harimau Malaya tewas 0 - 2 dengan Thailand yang mana segalanya berlaku apabila Malaysia kekurangan seorang pemain.

Pagi hari tengok-tengok video yang menjadi kontroversi.
Tidak mengapa.Panjang lagi perjalanan Harimau Malaya selepas ini.Lagi 2 tahun pertingkatkan lagi usaha untuk Suzuki AFF Cup.
Pujian buat penjaga gol Farizal dan semua pemain kerana telah berusaha.
Syabas buat Harimau Malaya.


Jadinya Final nanti Singapura bertemu Thailand.
All the best buat mereka.
Lepasni kita perhatikan pulak Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia dan kemeriahan pemain-pemain dalam Piala Malaysia ye.
^____^




Buah Manggisku...

Assalamualaikum...


Semalam macam ramai yang nak manggis kan.kalau dekat memang bagi dah.Nak tahu apa nasib buah manggis kat umah tu?Tadaa...




Manggis kat umah tu dah semakin mengering.Mana tak kering sebab kat umah tu ada dua orang je anak dara.eh?!hahaha..Jadinya makan pon tak banyak.Anak dara la katakan.Penjagaan badan itu penting. Soo funny ok.Adehhh.

Fakta Manggis:

Kulit warna dark purple
Ada topi wane ijau
Isi dalam sangat putih warnanya
Bawah buah ada macam bentuk bunga yang mana kalau dikira nanti akan sama dengan isi dalam (ikut pengalaman aku la yang ni)

korang pernah perasan tak fakta last tu?




Ada sesiapa mahu boleh wass up ok?!
Ni lagi funny.Benda alah Wass up pon tak tahu lagi nak ber'wass up'.Berasap jawab yer.
Memang mengarut kala petang.
Selamat petang semua!
^____^





Ni main ke apa?

Assalamualaikum...


Berita Kredit: Kosmo!

Pendera: Bapak Tiri, 32 tahun
Didera: Anak tiri
Isteri: ???

Dimanakah ibu sewaktu anak-anak memerlukan belaian dan kasih sayangmu...?



Sekali tengok gambar pertama macam bermain angkat-angkat tu kan.Tapi rupanya mendera.Mentang-mentang dia dah besar.Sesuka hati je kan buat anak orang macam tu.Untung tinggal jaga je.Tu pon tak nak.Payah jugak nak faham manusia ni.Yang mrakam ni pon pelik.Pergi post kat Facebook.Dari post ke Facebook baik terus pergi buat laporan polis.huhuhu.


^____^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...